Jika sesuatu itu dihasilkan dengan penuh kasih sayang, hasilnya pasti memuaskan hati. Jadi, apa kata, buat anda yang bakal bergelar raja sehari ayuh lakukan DIY mengikut cita rasa tersendiri.

Abadikan seni kreatif anda untuk dihadiahkan buat yang tersayang.

Bahan-Bahan:

  • Wang hantaran
  • Dulang hantaran
  • Bunga artifisial
  • Span
  • Dawai
  • Lidi sate

Langkah-Langkah:

1. Wang hantaran dilipat dua dan ikat di tengahnya dengan dawai. Buat sehingga habis.

2. Gunakan lidi sate dan lakukan seperti di dalam gambar untuk membentuk kelopak bunga yang menarik.

3. Gubah bunga artifisial di dalam bekas dulang hantaran mengikut kreativiti.

4. Cucukan bunga yang diperbuat daripada wang hantaran di antara rimbunan bunga artifisial.