Sesekali tukar angin, mahukan hantaran yang simple dengan rona lembut membangkit aura ketenangan saat diijab kabul.

Bahan-bahan:
• Kotak hantaran putih
• Kertas jalur warna hijau
• Shawl
• Gam tembak
• Bunga hydrangea artifisial
• Reben warna mint
• Polisterin hantaran
• Daun artifisial
• Bekas hantaran
• Gunting

Langkah-Langkah:
1. Balut bantal polisterin dengan kertas berjalur berwarna hijau.
2. Kemudian, lekatkan reben hijau warna mint di tengah-tengah polisterin yang siap dibalut.
3. Sementara itu ikat shawl dengan reben dari warna yang sama.
4. Setelah itu, letakkan hadiah atas hantaran dan kemudian cucuk daun di celah-celah shawl.
5. Cara terakhir, masukkan bunga hydrangea atas gubahan sebagai tarikan utama.