Idea DIY gubahan bukan sahaja memberi panduan dan inspirasi kepada bakal mempelai, malah membantu menyerlahkan kreativiti. Ia juga dapat memberi kelainan dan kepuasan berganda kerana diusahakan dengan kerja tangan yang dilakukan sendiri.

Bahan-bahan:

Coklat

Bunga artifisial

Reben

Manik

Bekas cenderahati

Beg uncang

Gunting

Langkah-langkah:

1. Masukkan beg uncang berisi coklat ke dalam bekas cenderahati.

2. Letakkan bekas cenderahati di tengah-tengah lingkaran bunga artifisial.

3. Letakkan reben dan hiaskan dengan kemas.

4. Serikan bersama manik untuk nampak lebih eksklusif.

Anggaran bajet buat sendiri:

Coklat : RM5.00

Bunga artifisial : RM5.00

Bekas cenderahati : RM3.00

Manik : RM5.00