Diri begitu teruja saat si dia menyatakan hasrat untuk bertunang. Sudah terbayang di fikiran, hantaran bagaimana yang mahu digubah untuk diberikan buat insan tersayang.

DIY jimat yang mudah dan bajet pastinya jadi pilihan. Biarpun ringkas tetapi tampak eksklusif.

Bahan-bahan:

  • Daun sireh
  • Jarum peniti berkepala
  • Bunga ros
  • Bunga orkid
  • Gunting
  • Bunga kapur
  • Batang lidi
  • Pisau

Langkah-langkah:

1. Mula-mula gulung daun sirih.

2. Kemudian cucuk daun sirih ke span basah.

3. Cucuk bunga orkid di tepi daun sirih.

4. Untuk tambahan, anda boleh juga meletakkan bunga kuning sebagai langkah ke empat.

5. Tambahkan dedaun hijau.

6. Akhir sekali letakkan set dulang tepak sirih sebagai hadiah.