Bagi membuatkan hubungan cinta berpanjangan, jangan sesekali melakukan perkara yang boleh membuatkan pasangan bermasam muka atau timbulnya perselisihan faham. Betul perselisihan faham dalam hubungan merupakan perkara biasa yang sering dialami oleh setiap pasangan kerana dengan adanya ini sedikit sebanyak boleh mengukuhkan lagi sesebuah hubungan agar anda berdua menjadi lebih matang dan dewasa.

Namun begitu, sekiranya pergaduhan antara pasangan berterusan dan tidak menemui jalan penyelesaian, ia mungkin boleh menyebabkan hubungan menjadi semakin renggang dan akhirnya retak. Oleh itu pastikan anda elak lakukan perkara berikut agar pasangan tak bermasam muka, selain untuk menjamin hubungan cinta kekal selamanya.

1. TERLALU SIBUK BEKERJA

Elak Buat 6 Perkara Ini Terhadap Pasangan Bagi Mengelakkan Perselisihan Faham

Menjadi kekasih yang memikirkan masa depan adalah baik. Tetapi jika kerana hal ini, anda tidak punya masa berjumpa, jangan salahkan kekasih anda jika dia akan memarahi anda. Cubalah susun semula jadual kerja anda dan si dia. Usahakan mempunyai masa lapang, sekurang-kurangnya di hujung minggu untuk bertemu.

IKLAN

2. JARANG-JARANG BERJUMPA

Terlalu mengagungkan alat telekomunikasi adalah sebuah kesalahan besar. Walaupun sekarang ini ada teknologi voice chat, skype, video call, bertemu muka dengan muka adalah sangat perlu. Seboleh mungkin satu minggu sekali , berkomunikasilah secara langsung dengan kekasih anda.

3. BERSIKAP EGO

Elak Buat 6 Perkara Ini Terhadap Pasangan Bagi Mengelakkan Perselisihan Faham

IKLAN

Ego, keras kepala dan tidak mahu mengalah adalah penyebab utama pertengkaran. Oleh sebab itu, seboleh mungkin semasa anda dalam perhubungan cinta dengan si dia, tanamkanlah dalam diri anda sikap mengalah. Ingatlah, anda dan dia sedang dalam proses perkenalan dan memerlukan penyesuaian dan hal tersebut memerlukan waktu yang cukup lama.

4. MASIH BERBICARA TENTANG BEKAS KEKASIH

Beberapa orang mungkin menganggap berborak mengenai bekas kekasih masing-masing adalah hal biasa, tetapi tidak semua orang suka mendengarkannya. Jangan membuat kekasih anda jengkel dengan kebiasaan anda yang kerap bercerita mengenai kisah anda dahulu dengan bekas kekasih anda. Hormati dan jaga perasaan kekasih anda yang ada sekarang. Dengan berbuat seperti itu, anda menunjukkan bahawa anda benar-benar mencintai dia.

IKLAN

5. SERING FIKIR NEGATIF DAN CURIGA

Elak Buat 6 Perkara Ini Terhadap Pasangan Bagi Mengelakkan Perselisihan Faham

Harus diakui, sangat sukar untuk tidak mempunyai sikap negative dan curiga kepada pasangan apalagi saat masih dalam fasa perkenalan. Namun, jika anda ingin hubungan berkekalan, kedua hal ini haruslah anda buang jauh-jauh. Tanamkan sikap percaya pada pasangan anda biarpun sukar. Jika anda terlalu posesif, takut pula si dia tidak selesa dan menyebabkan kamu berdua salah faham dan bertengkar.

6. MEMPERBESARKAN MASALAH

Berlebihan dalam menanggapi sebuah persoalan sudah dapat dipastikan akan membuat segala sesuatunya menjadi rumit. Lebih-lebih lagi apabila anda ingin membuat pasangan bersalah dan mengakui kesalahannya, anda akan seboleh-boleh tidak mahu meminta maaf dan mungkin dia boleh meninggalkan anda kerana bosan dengan sikap anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI