Perkahwinan yang membahagiakan haruslah sentiasa dibajai dengan perasaan cinta. Penting untuk suami isteri memahami dan mempelajari bahasa cinta pasangan untuk mengelakkan tangki cinta anda berdua bocor.

Buku “The 5 Love Languages” yang ditulis oleh kaunselor perkahwinan dari Amerika Syarikat, Dr. Gary Chapman mengatakan bahawa setiap orang mengungkapkan bahasa cinta dengan cara yang berbeza-beda.

Falling in love is easy but staying in one is the real challenge…

Jika kita tidak memahami bahasa yang dikomunikasikan oleh pasangan tentu sahaja ia akan memberikan kesukaran untuk kita menerima atau memberi cinta kepada pasangan.

1. Pengakuan atau kata-kata lisan

Salah satu cara untuk kita mengungkapkan perasaan cinta terhadap pasangan adalah dengan memberikan pujian atau kata-kata penghargaan. Pujian yang sederhana dan straight forward seperti ucapan “Terima kasih kerana buat saya ketawa”, “Saya sayang awak” dan sebagai sebenarnya sudah memadai.

Malah pilihan kata-kata yang baik juga sangat penting dalam meluahkannya secara verbal. Love makes requests, not demands. Ungkapan seperti ini akan membuatkan pasangan anda rasa bahagia, dicintai dan lebih termotivasi.

IKLAN

2. Kualiti masa

Kualiti masa bersama pasangan merupakan perkara yang sangat penting. Dalam memelihara perasaan cinta penting untuk anda memberikan sepenuh perhatian terhadap pasangan saat anda berdua bersama.

Dalam buku Dr. Gary Chapman, beliau memberikan perbezaan antara pasangan yang sedang bercinta dengan pasangan yang sudah berkahwin ketika berada di restoran. Pasangan yang bercinta akan saling melihat mata sambil berbual. Sedangkan pasangan yang sudah berkahwin kebiasaannya akan duduk, melihat sekitar restoran dan sibuk melayari telefon bimbit.

IKLAN

Oleh itu usahakanlah untuk memberikan kualiti masa yang terbaik terhadap pasangan ketika anda berdua bersama kerana waktu sangat berharga dan ia tidak boleh diulang semula.

3. Hadiah

Buang jauh-jauh perasaan negatif terhadap pasangan jika pasangan inginkan hadiah kerana tidak semestinya dia dianggap seorang yang materialistik. Ini kerana hadiah merupakan lambang visual bagi menggambarkan sebuah perasaan cinta dan turut dianggap penting bagi sesetengah pasangan.

IKLAN

Hakikatnya bukan nilai hadiah yang menjadi persoalan dalam sesebuah hubungan tetapi sejauh mana hadiah itu boleh membuatkan anda memikirkan dan mengingati pasangan anda.

4. Layanan

Ekspesikan perasaan cinta anda dengan memberikan layanan kepada pasangan walaupun tanpa pasangan minta. Misalnya menyediakan minuman ketika suami pulang ke rumah. Walaupun mungkin suami tidak minta isteri menyediakannya namun memberikan layanan dengan segelas air merupakan tanda cinta anda terhadapnya.

5. Sentuhan fizikal

Sentuhan fizikal seperti berpegangan tangan, ciuman, pelukan, menyentuh pipi, merangkul pinggang dan sebagainya merupakan salah satu perkara penting dalam membina hubungan suami isteri yang bahagia.

Malah sentuhan fizikal ini juga akan menjadi lebih bermakna terutamanya buat isteri ketika isteri berada dalam keadaan sedih kerana sentuhan daripada orang yang disayanginya akan membuatkan dia lebih kuat berdepan dengan masalah yang dihadapi.

Apabila tangki cinta anda berdua sentiasa penuh, ia sekali gus akan memantapkan lagi perasaan cinta menuju sebuah mahligai bahagia. Bahkan anda berdua juga akan menjadi lebih bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI