Seringkali wanita di luar sana yang bakal bergelar ratu sehari rungsing dengan padanan kasut untuk dipadankan dengan busana perkahwinan. Ia boleh menjadi satu urusan yang cukup rumit dan memerlukan banyak pertimbangan.

Kasut memainkan peranan yang penting sepanjang majlis perkahwinan berlangsung dan kasut yang selesa amat penting bagi memudahkan pergerakan. Oleh itu, entri kali ini berkongsikan tip untuk memadankan kasut yang sempurna buat busana perkahwinan anda.

MEMILIH KASUT YANG DIPERBUAT DARI MATERIAL YANG BERKUALITI

Secara umumnya, ramai pengantin yang memilih kasut tumit tinggi (high heels) untuk disarungkan di majlis raikan cinta. Walau bagaimanapun, jika anda mahu untuk mendapatkan sepasang kasut yang berlainan daripada kasut tradisional dan boleh dijadikan koleksi unik anda selepas perkahwinan. Anda boleh memilih kasut yang berlainan juga dengan memastikan bahan yang diperbuat untuk kasut itu adalah berkualiti dan bermutu tinggi.

MEMILIH RONA KASUT UNTUK DIPADANKAN  DENGAN BUSANA

Ia mungkin perlu bagi anda untuk membawa sampel kain dengan anda untuk memastikan warna yang sama. Dalam kebanyakan kes, pengantin menggunakan pewarna pada kasut perkahwinan mereka untuk dipadankan dengan tepat. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk bayangan yang berbeza dari gaun pengantin anda tetapi yang harmoni dengan ensemble keseluruhan anda seperti emas atau perak.

Di samping itu, anda juga boleh memilih untuk menghiasi kasut anda dengan perhiasan seperti manik, mutiara, rhinestones dan manik-manik supaya melengkapkan penampilan anda secara keseluruhan.

PILIH KASUT YANG SESUAI DENGAN ANDA

Anda tidak perlu memilih kasut yang terlalu cantik atau tampak gah untuk disarungkan di hari bahagia. Paling penting adalah keselesaan buat anda untuk dipakai sepanjang majlis.

Sesuaikan ketinggian kasut yang anda pilih dengan bentuk badan anda. Sekiranya anda mempunyai ketinggian yang tidak terlalu tinggi, anda digalakkan untuk memakai kasut tumit yang lebih tinggi, Namun, jangan memilih kasut yang terlalu tinggi khuatir anda mengalami kesulitan untuk berjalan.

Bagi anda yang mempunyai bentuk badan yang agak besar, pilih kasut yang tidak terlalu tinggi. Cukup sekadar  mempunyai tumit sederhana dan anda digalakkan untuk memilih kasut tumit tinggi jenis wedges. Kasut jenis ini mampu memberikan keselesaan yang optimum buat anda.

PILIH KASUT YANG SESUAI DENGAN  MAJLIS PERKAHWINAN

Sekiranya lokasi perkahwinan anda diadakan di kawasan terbuka atau outdoor, anda harus memadankan kasut yang sesuai untuk disarungkan. Elakkan memilih kasut tumit tinggi jenis stiletto kerana ia akan membataskan pergerakan anda. Pilihlah kasut tumit yang tidak terlalu tinggi.Kasut jenis wedges adalah pilihan terbaik untuk perkahwinan outdoor.

PILIH KASUT YANG MEMBUATKAN ANDA TAMPAK MENARIK

Pelbagai jenis kasut yang boleh anda pilih untuk disarungkan di majlis perkahwinan, antara kasut yang boleh dipilih adalah stiletto, kitten heels, pump heels, sling back, cone heels dan banyak lagi. Anda boleh mencuba terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Pilihlah kasut yang membuatkan anda tampak cantik dan dalam masa yang sama ia cukup selesa. Jika pengantin perempuan lebih tinggi daripada pengantin lelaki, anda perlu mengambil kira dan menentukan jenis kasut yang dapat seimbangkan ketinggian untuk kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.