• 369
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    369
    Shares

Mungkin kedengaran pelik apabila pasangan pengantin memakai sneakers untuk majlis perkahwinan mereka. Lazimnya, pasangan pengantin akan memakai kasut tumit tinggi bagi wanita dan kasut kulit bagi lelaki untuk disarungkan di majlis hari bahagia. Namun itulah realiti dunia sekarang. Setiap pengantin pastinya inginkan kelainan agar majlis perkahwinan mereka menjadi satu kenangan terindah.

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai pasangan pengantin yang memakai sneakers di hari bahagia mereka. Cukup unik dan bersahaja! Keputusan yang dibuat oleh pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga itu mendapat perhatian netizen sekali gus menjadikan konsep perkahwinan mereka sesuatu yang unik dan istimewa.

Sumber Facebook Aliff Channel

Trend ini mungkin dianggap baharu di Malaysia, namun di luar negara perkara ini menjadi biasa dan kian menular di serata dunia. Tambahan pula, memakai sneakers yang pastinya lebih selesa menjadi faktor utama untuk sesetengah pengantin menyarungkannya di hari perkahwinan.

Memakai kasut tumit tinggi atau heels mungkin kebiasaan untuk disarungkan di hari perkahwinan. Begitu juga bagi lelaki yang gemar memakai loafers ataupun kasut kulit.

Kenapa tidak untuk katakan ‘ya’ pada sesuatu yang lain dan berbeza. Tidak salah jika anda ingin mencipta satu kelainan buat hari bahagia anda untuk dijadikan momen terindah sepanjang hayat.

So, apa kata kita cuci mata dengan pilihan sneakers yang boleh dijadikan inspirasi untuk hari perkahwinan anda!

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

 

Sumber Facebook Aliff Channel

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: