Kita mungkin tak senasib dengan mereka yang berjawatan tinggi dan bergaji besar. Tapi jika kita pandai menguruskan kewangan, sudah pasti pengurusan wang kita dapat diuruskan dengan baik.

Buat mereka yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga, hadamkan perkongsian Amir Syahir ini yang ajar kita cara-cara nak uruskan kewangan. Jika pandai menguruskan kewangan dengan bijak pasti mampu menghasilkan perhubungan yang lebih lancar.

7 Cara Ajar Pasangan Korang Menguruskan Kewangan 

Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta je manjang, pasangan dia mesti bijak menguruskan kewangan. Jika pasangan kita gila duk beli baju online, baju dua almari lepastu boleh kata takde baju nak pakai lagi, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Simple. Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan
Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.

IKLAN

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja
Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan. Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang. Ajar dia gunakan formula ini: Pendapatan – Simpanan = Belanja.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak
Jika si dia menggelupur nak IPhone 7, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan. Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.

IKLAN

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak
Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.

IKLAN

5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak
Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan
Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros. Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak
Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi. Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI