•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan majlis persandingan dengan cara tersendiri dan diadakan dalam suasana meriah serta diingati hingga akhir hayat. Elemen unik dan sedikit gimik mungkin membantu untuk menjadikan suasana persandingan mereka jadi lebih menarik.

Ada saja kelainan yang dibawa oleh pasangan pengantin untuk memeriahkan majlis perkahwinan mereka. Pemuda ini tidak menyangka ideanya dalam majlis resepsinya di Semabok, Melaka, menjadi tular sehingga terpaksa berdepan dengan pihak berkuasa.

“Ada menyesal sedikit, tetapi nak buat macam mana, perkara sudah berlaku, saya terpaksa lalui,” kata Muhammad Saiful Ikhsan Muzafar, 25, yang menjadi perhatian selepas menyelitkan pistol mainan pada kain sampingnya ketika majlis persandingannya Ahad lalu.

Kelainan yang dicipta pada hari bahagianya itu bukan saja tular di laman sosial, malah dia terpaksa berurusan dengan pihak berkuasa atas tindakannya itu.

“Saya sudah memberi keterangan kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak malam semalam dan memberi gambar pistol berkenaan kepada polis dari Bukit Aman.

“Itu sebenarnya pistol mainan yang saya beli pada harga RM45 dan sudah dipotong pada bahagian hadapan supaya ia tidak kelihatan seperti pistol sebenar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum membuat gimik itu, dia turut mendapatkan maklumat mengenai undang-undang yang berkaitan dengan pemilikan pistol mainan.

Atas sebab itu, dia memotong bahagian hadapan pistol berkenaan.

Muhammad Saiful Ikhsan yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Rawang, Selangor berkata, gimik berkenaan adalah ideanya sendiri untuk mencipta kelainan, tetapi tidak menyangka ia akan menjadi tular.

“Bila dah terjebak dengan urusan undang-undang ini, tidaklah mengganggu mood perkahwinan saya cuma terpaksa berkorban masa untuk selesaikannya.

“Sepatutnya perkara ini untuk majlis saya, tetapi apabila tular, ramai yang kata saya menolak adat dan untuk itu, saya terima dengan hati terbuka kalau saya menggangu adat,” katanya.

Majlis resepsi sebelah keluarganya itu berlangsung di Semabok, Melaka selepas dia selamat bernikah dengan isteri, Nur Wahida Norbani, 23, pada 1 Disember 2017.

“Keluarga, kawan-kawan ada juga sindir saya selepas apa yang berlaku dan isteri pun reda saja selepas saya buat gimik itu.

“Apa yang pasti, ini akan menjadi kenangan saya sehingga ke anak cucu dan saya akan pesan kepada mereka nanti supaya jangan buat macam ini!,” katanya.

Sumber: hmetro

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: