Apabila berbicara mengenai perihal perkahwinan, tentunya  perkara yang terlintas di fikiran ialah hantaran. Kadangkala hal ini menjadi kerungsingan kerana memerlukan perbelanjaan yang agak besar untuk memastikan gubahan yang dibuat tampak cantik dan sempurna.

Untuk kesan yang lebih ‘class’, penggunaan bunga segar amat digalakkan. Selain memberi kesan yang lebih eksklusif dan elegan, penggunaan bunga segar juga menjimatkan.

Gubahan hantaran menggunakan bunga segar tidak memerlukan perincian lain untuk memberikan kesan menawan. Penggunaan perincian itulah yang boleh membuatkan kos menggubah hantaran menjadi tinggi.

Cukup sekadar bungan segar yang menjadi fokus utama. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, penggunaan perincian yang minimal sudah memadai.

Jom kita lihat ilham gubahan hantaran dari Au Fleur dan The_Chempaka.

IKLAN
Gubahan Hantaran Lebih ‘Class’ dengan Suntikan Bunga Segar!
Koleksi Dari Au Fleur
Gubahan Hantaran Lebih ‘Class’ dengan Suntikan Bunga Segar!
Koleksi Dari Au Fleur
Gubahan Hantaran Lebih ‘Class’ dengan Suntikan Bunga Segar!
Koleksi Dari Au Fleur

1. AU FLEUR

Au Fleur mengilhamkan sesuatu yang cukup anggun. Gubahan bunga segar dengan perincian berbentuk kristal memancarkan aura yang cukup elegan. Sulaman daun berona hijau memberi nafas segar yang tiada tara buat gubahan hantaran ini.

Gubahan Hantaran Lebih ‘Class’ dengan Suntikan Bunga Segar!
Koleksi Dari The_Chempaka
Gubahan Hantaran Lebih ‘Class’ dengan Suntikan Bunga Segar!
Koleksi Dari The_Chempaka
Gubahan Hantaran Lebih ‘Class’ dengan Suntikan Bunga Segar!
Koleksi Dari The_Chempaka

2. THE_CHEMPAKA

Ringkas dan minimalis! Gubahan dari The_Chempaka memberi nada moden buat setiap gubahannya. Polos tanpa sebarang perincian, penggunaan bunga segar secara keseluruhan memberi impak classy buat gubahan ini. Penggunaan warna senada bagi bunga segar memancarkan aksen romantis buat keseluruhan gubahan.

Tip Menggubah Hantaran:

1. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis bunga segar untuk dijadikan gubahan. Antaranya, bunga ros, orkid, hydrangea, peonies, lily, tulip, carnation dan lain-lain lagi.

IKLAN

2. Gunakan rona pastel dalam gubahan hantaran. Elakkan dari memilih rona-rona terlalu terang dan kontra kerana ia akan memebrikan kesan tampak murah buat gubahan anda. Sebaiknya, gunakan rona senada yang akan memberikan kesan elegan dan eksklusif.

3. Jangan meletakkan terlalu banyak perincian dalam gubahan anda. Cukup sekadar 1 atau 2 jenis perincian dalam satu-satu gubahan. Pastikan perincian yang dipilih bertepatan dengan tema atau konsep yang dipilih.

4. Untuk kesan terbaik, gubahan hantaran yang dihasilkan janganlah terlalu besar kerana ia akan menyukarkan anda untuk membawanya. Cukup sedap mata memandang dan bersaiz sederhana.

IKLAN

5. Pastikan kesemua dulang hantaran yang digubah tampak harmoni. Jangan pula setiap dulang yang digubah berlainan tema dan konsep. Oleh itu, tetapkan dahulu tema atu konsep sebelum memulakan gubahan.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI