Majlis merisik berlangsung sudah, kini tiba untuk majlis bertunang. Bagi menyediakan barang hantaran untuk majlis bertunang janganlah terlalu mahal. Pilihan untuk barang-barang untuk bertunang kebiasaannya lebih ringkas.
Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).
Antara barang hantaran yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
90% Ibu Mengandung Yang Bersenam, Mesti Mudah Nak Bersalin
TERDAPAT banyak jenis senaman yang boleh dilakukan ibu yang sedang menghitung hari untuk bersalin. Walaupun dalam keadaan sarat, ibu digalakkan bergerak aktif supaya tubuh sentiasa dalam keadaan cergas, kuat dan bertenaga.
Selain mengerjakan rutin di rumah, senaman ringan yang boleh mengeluarkan sedikit peluh juga boleh dilakukan ketika lapang. Ajak suami atau teman untuk ikut serta jika beriadah di taman.
Penting diingatkan supaya ibu tidak bersenam secara berlebihan dan minum air secukupnya. Berhentilah sekiranya tubuh berasa penat, tidak selesa atau berlaku pendarahan.
Berikut lima jenis senaman yang boleh lakukan di rumah atau di taman. Gerakan yang dikongsikan my.theasianparent.com ini antara yang bagus untuk memudahkan proses bersalin.
1. Angkat punggung ke atas
Senaman untuk mudah bersalin pertama adalah mengangkat punggung ke atas. Ia mampu melatih dan menguatkan otot-otot dasar pinggul yang membuatkan proses kelahiran bayi menjadi mudah. Gerakan ini boleh dilakukan sambil berbaring. Lakukan selama tiga ke 10 minit. Ulang empat kali sehari.
2. Berjalan
Ini senaman paling mudah. Ramai pakar menyarankan supaya ibu lebih kerap berjalan kaki apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga. Senaman ini dipercayai membantu merangsang bukaan pintu rahim lebih cepat, sekali gus menjadikan proses bersalin lebih mudah.
Lakukan senaman berjalan kaki ini sekerap mungkin kerana ia mampu membantu bayi masuk ke laluan keluar atau ke pintu servik.
3. Duduk mencangkung
Dalam keadaan tubuh yang relaks, berdiri tegak dan buka kaki dalam posisi yang selesa. Pastikan punggung diluruskan dan turunkan badan secara perlahan-lahan sehingga dalam kedudukan mencangkung.
Kemudian, tahan kira-kira 10 saat dan kembali duduk ke posisi asal. Ulangi senaman dan gerakan ini untuk membantu menguatkan otot paha dan pinggul.
4. Mengiring badan ke kiri dan ke kanan
Langkah seterusnya, ibu boleh mengiringkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Latihan ini berupaya membantu meningkatkan kekuatan otot perut dan meredakan sakit pinggang, terutama ketika kandungan sudah mencapai trimester ketiga.
Mulakan dengan posisi merangkak dengan kepala sebaris punggung. Angkat kepala ke atas dan tahan nafas serta hembus perlahan-lahan. Senaman ini boleh dilakukan secara santai dan diulangi beberapa kali.
5. Duduk dalam posisi yoga
Posisi ini dipanggil sebagai kupu-kupu dalam senaman yoga, di mana aktiviti senaman ini dilakukan sambil duduk di lantai dan punggung lurus ke dinding.
Seterusnya kedua telapak kaki menyentuh rapat dan lutut pula menyentuh lantai. Kebaikannya untuk melatih otot paha dari menghilangkan tekanan punggung kala ibu sedang mengandung.
Senaman boleh dilakukan 10 hingga 20 kali sehari.
Pastikan ibu tidak melakukan aktiviti senaman lasak yang lain kerana bimbang terlalu penat sehingga mendatangkan tekanan kepada bayi dalam kandungan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati-hati Pilih Pakej Perkahwinan, 6 Tip Ini Boleh Jadikan Panduan Untuk Anda
Antara perkara yang perlu dibuat oleh bakal pengantin sebaik telah menetapkan majlis perkahwinan ialah memilih pakej perkahwinan yang terbaik mengikut kemampuan. Buatlah pilihan yang tepat dan buat perbandingan sebelum membuat keputusan.
Tip memilih pakej perkahwinan terbaik
- Cari maklumat dan buat rujukan- sebelum membuat survey sebaiknya pengantin sudah mempunyai pengetahuan tentang apa yang diperlukan semasa majlis perkahwinan. Anda boleh mendapat maklumat dengan berkunjung ke pameran pengantin, majalah , internet, saudara mara dan kenalan.
- Tengok kualiti pakej yang ditawarkan- Penting untuk anda melihat kualiti, apakah wang yang dilaburkan setimpal dengan pakej yang ditawarkan. Pilih ikut kemampuan walaupun cantik tetapi mahal , jangan sampai pembaziran di kemudian hari. Masih ada pakej yang sederhana dan cantik serta berkualiti yang boleh bakal pengantin pilih.
- Pastikan butik tersebut berpengalaman dalam bidang perkahwinan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
- Jangan buat bayaran pada orang tengah, bayar sendiri di butik dan dapatkan bukti pembayaran bagi mengelak dari tertipu.
- Elak dari membuat tempahan pakej dengan butik yang jauh dari tempat tinggal anda terutama yang melibatkan pelamin, khemah dan katering. Ia bagi mengelakkan dari sebarang masalah yang tidak diingini seperti kelewatan dan sebagainya.
- Pastikan rekaan pelamin dan baju dari butik itu sendiri kerana ada juga butik yang mengambil dari butik lain. Ini bagi memastikan baju dan pelamin dapat disiapkan seperti masa yang dijanjikan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senang Je Nak Tahu Kalau Seorang Wanita Tu Dah Mula Sayang. No 9 Memang Confirm!
Kalau kita nak menilai orang, kita jangan pula terlepas pandang tentang diri sendiri. Macam mana kita nak orang layan kita, macam itu jugalah kita perlu berikan layanan kepada orang lain.
Kadang-kadang, ada lelaki yang terlalu mencari kesempurnaan pada seorang wanita. Biasa dengar lelaki nak cari wanita yang cantik, penyayang, menghormati, kaya dan kesempurnaan lain. Sedangkan dia juga perlu meletakkan dirinya sama seperti apa yang diminta.
Tidaklah wanita semuanya betul. Ada juga yang meletakkan ‘demand‘ tinggi dalam misi mencari bakal suami. Tapi bila dah jumpa yang menenangkan hatinya, dia boleh je terima dengan hati terbuka. Cuba anda perhatikan ciri-ciri ni kalau nak tahu jika wanita itu mula sayangkan anda.
- Dia terima awak seadanya – Walaupun pada asalnya dia dah tetapkan ciri-ciri lelaki idaman, tetapi bila jumpa yang serasi, dia boleh menerima anda seadanya.
2. Maafkan Walaupun Kesilapan Awak Berulang Kali – Wanita yang boleh memaafkan lelaki yang seringkali buat kesilapan adalah wanita yang sangat penyabar. Setuju tak? Tapi bila kita sebut pasal woman empowerment, wanita janganlah terlalu tunduk pada lelaki. Seandainya kesalahan itu besar, janganlah sampai ia berlaku banyak kali pada anda.
3. Dia akan pertahankan hubungan – Sebolehnya, andai ada kawan-kawan yang bersuara konon anda dan pasangan tak serasi, dialah yang akan pertahankan hubungan tu. Dia juga akan sangat setia.
4. Dia akan buat yang terbaik untuk awak – Yang ini jangan dipersoalkan. Kalau anda dah berniat untuk berkahwin, dia akan tolong sedaya upaya untuk ringankan beban anda. Dia pun sanggup kerja lebih masa!
5. Dia percaya dengan setiap apa yang awak katakan – Jangan ambil kesempatan!
6. Dia selalu nak bahagiakan awak – Sama seperti anda, masing-masing nak bahagiakan di antara satu sama lain. Cuba lihat macam mana dia cuba mencari jalan untuk membahagiakan anda.
7. Dia akan bantu sedaya upaya tidak menyusahkan awak – Bila si dia dalam kesusahan, dia akan cari teman baiknya. Seboleh-bolehnya dia tak mahu anda turut susah.
8. Ketika susah dia tak mengeluh ketika senang dia tak meminta-minta – Dalam perhubungan, cuba perhatikan sekiranya dia sering merungut ketika susah. Andainya tidak, anda jagalah si dia elok-elok.
9. Dia akan memberikan perhatian dan akan cuba curi perhatian awak kepadanya – Hargailah si dia bila dia memberikan perhatian. Dan anda jangan pula kedekut perhatian padanya.
10.Setia pada awak dan pada dia tiada lagi lelaki lain yang di cintai
11. Bila perempuan dah sayang, dia akan kerap minta maaf sebab tak mahu kecewa.
12. Walaupun kadang-kadang menyakitkan. Itulah wanita bila dah sayang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI