Baru-baru ini kita di gemparkan dengan kematian bayi akibat lemas selepas ibu bapanya memilih untuk bersalin di rumah. Gelombang ‘Doula’ ini dilihat berkembang setelah banyak pihak yang memburuk-burukkan layanan yang mereka perolehi dari hospital kerajaan. Dari mulut ke mulut, khidmat ‘doula’ yang langsung tidak memiliki latar belakang dalam bidang perubatan ini menjadi semakin popular.

Perkara yang menjadi semakin serius ini mendapat perhatian menteri dan juga mufti yang sudah memberikan penyataan rasmi kepada umum.

MENTERI BERSUARA

“Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan sekiranya menerima laporan berhubung individu yang menawarkan perkhidmatan “doula” atau “peneman bersalin”, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata setakat ini perkhidmatan ‘doula’ tidak ditawarkan di negara ini. “Kalau ada laporan, kementerian akan ambil tindakan dan siasat. Jika didapati bersalah akan ambil tindakan…undang-undang kita ada,” katanya kepada pemberita

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes kematian bayi yang dilaporkan dilahirkan di rumah akibat lemas, kerana lahir secara songsang dan hanya disambut oleh suami yang tidak berpengalaman dengan bantuan ‘doula’ menerusi panggilan telefon yang tular di Facebook baru-baru ini.

IKLAN

Dr Hilmi menasihatkan para ibu terutamanya yang mempunyai risiko supaya bersalin di hospital kerajaan yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang mencukupi dan mempunyai pakar serta jururawat bertauliah.

PANDANGAN MUFTI

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab berkenaan penggunaan khidmat doula dan menyifatkan amalan itu tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih.

IKLAN

Zulkifli berkata demikian susulan kes kematian bayi selepas ibu bayi berkenaan berkeras untuk membuat kelahiran di rumah dengan khidmat doula yang seharusnya membantu kelahiran namun gagal menangani komplikasi kelahiran. Pihak polis sedang menjalankan siasatan berkenaan perkara itu.

“Setelah meneliti dan menekuni isu ini, disamping mendapatkan maklumat dari pakar perubatan, kami berpandangan penggunaan khidmat doula adalah tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih,” kata Zulkifli dalam satu kenyataan.

Zulkifli menambah, alasan aurat tidak seharusnya timbul kerana nyawa lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi seperti itu.

IKLAN

“Alasan tidak mahu melahirkan anak di hospital kerana isu aurat tidak timbul kini dengan adanya seluar bersalin mesra aurat, hospital-hospital tertentu yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat, di samping perlu difahami bahawa nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya berbanding aurat dalam situasi tersebut,” katanya.

Zulkifli turut menasihatkan agar pihak yang menawarkan khidmat doula tidak mengambil mudah tentang pengetahuan perubatan.

SUMBER: BERNAMA & MALAYSIA KINI

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI