Sikap lelaki kadangkala sukar untuk diramalkan. Mereka lebih suka mendiamkan diri sekiranya ada masalah dengan anda. Begitu juga sekiranya si dia semburu dengan anda. Mungkin si dia tidak menunjukkan dengan kata-kata tetapi mereka lebih gemar menunjukkan rasa cemburu itu dengan sikap dan tingkahlaku.

Sebagai wanita, anda harus peka dengan sikap lelaki yang cemburu. Jangan sampai dia berasa hati dan merajuk dengan anda. Susah pula nak pujuk nanti! Nak tahu tanda si dia cemburu dengan anda? Jom lihat 8 tanda-tanda ini!

1. MERENUNG TAJAM

Hey Wanita, Sentiasalah Peka Dengan Lelaki. Ini 8 Tanda Si Dia Cemburu Dengan Anda!

Tidak kira di mana sahaja anda berada, anda boleh merasakan yang si dia memerhatikan anda dengan sangat terperinci. Ianya seakan si dia sedang memeriksa tentang perlakuan anda bersama orang lain. Dia akan memandang tajam pada mata anda seolah-olah cuba membaca fikiran anda. Mungkina anda menganggap si dia lelaki psycho, namun itulah cara lelaki menunjukkan rasa cemburunya.

2. MUDAH MARAH

Apa sahaja yang anda lakukan, semua tidak kena. Ada sahaja yang nak dimarahkan. Boleh dikatakan setiap masa, padahal tiada silap yang anda lakukan. Mungkin dengan hanya alasan yang kecil seperti keluar bersama sahabat wanita atau mungkin bekerja sehingga lewat malam di pejabat. Si dia seakan tidak memberikan peluang langsung kepada anda untuk menjelaskannya dan terus memarahi anda.

IKLAN

3. BERPURA-PURA SEOLAH TIDAK AMBIL PEDULI

Hey Wanita, Sentiasalah Peka Dengan Lelaki. Ini 8 Tanda Si Dia Cemburu Dengan Anda!

Apabila si dia melihat anda berbual dengan lelaki lain, si dia selalunya akan berpura-pura seperti tidak kisah dan ianya ketara yang sebenarnya sedang berpura-pura. Jika si dia bertindak atau berkelakuan lain dari biasa, seperti tidak mengendahkan anda atau secara tiba-tiba membangkitkan pergaduhan tanpa sebab serta sekaligus mengaitkan perihal lelaki tersebut untuk menentang anda, ianya secara jelas menunjukkan yang si dia cemburu dan rasa tidak senang dengan anda.

4. MENGINTIP ANDA

Apabila si dia mula mengintip atau memerhati anda dengan lebih kerap, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar atau mungkin dengan siapa anda bercakap, jadi mungkin ia adalah satu tanda cemburu. Bukan itu sahaja, bahkan apabila si dia sudah mula meminta kata kunci kepada emel, laman sosial media serta lain-lain untuk memeriksa segala perihal yang anda lakukan.

IKLAN

5. MOOD SWINGS

Hey Wanita, Sentiasalah Peka Dengan Lelaki. Ini 8 Tanda Si Dia Cemburu Dengan Anda!

Dia mungkin seakan tidak ada apa-apa tetapi sejurus anda mendapat panggilan dari rakan lelaki sepejabat, anda akan melihat si dia seperti terlalu diam dan bertindak pelik. Atau mungkin dia menjadi marah dan secara tak langsung juga melakukan deraan secara fizikal. Mood swings yang berlaku secara tiba-tiba menunjukkan yang si dia dalam keadaan cemburu.

IKLAN

6. SI DIA TIDAK GEMBIRA BILA ANDA BERKONGSI PERIHAL SESEORANG

Anda akan mula perasan tatkala anda teruja untuk bercerita tentang seseorang, si dia kelihatan kurang gembira dan tidak selesa. Tidak kira perihal lelaki atau perempuan tetapi ianya menjadi lebih teruk apabila ianya mengenai seseorang lelaki lain.

7. KUAT MENGONGKONG

Hey Wanita, Sentiasalah Peka Dengan Lelaki. Ini 8 Tanda Si Dia Cemburu Dengan Anda!

Adakah si dia sering bertanya di mana anda berada dan dengan siapa anda bersama sepanjang masa? Adakah si dia secara tiba-tiba mengganggu sesi girls outing anda bersama sahabat? Si dia kerap bertanya pada pukul berapa akan anda selesai? Sememangnya ia baik buat perhubungan untuk memberitahu segalanya, tetapi apabila setiap perkara perlu diberitahu, ini adalah tanda besar si dia sangat cemburu pada anda.

8. SI DIA BERSEDIH APABILA ORANG LAIN MEMUJI KECANTIKAN ANDA

Walhal sepatutnya si dia patut berbangga dan mengucapkan terima kasih apabila orang lain memuji akan kecantikan anda, tetapi si dia bertindak sebaliknya. Si dia mula naik berang dan marah. Lebih-lebih lagi lelaki yang memuji kecantikan anda itu. Dia berasa seolah-olah lelaki itu cuba mengurat anda walhal lelaki itu hanyalah bekas rakan sekelas anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI