pic-pinterest

Mengerjakan puasa selain menjadi ibadah, ia juga berkaitan dengan kesihatan. Ramai di kalangan kita berat badannya meningkat secara drastik ketika bulan puasa kerana tidak mengawal pemakanan semasa berbuka dan bersahur.

Idealnya puasa memang membantu proses diet yang kita terapkan. Dengan berpuasa anda akan lebih mudah mengatur  pemakanan. Di bulan puasa anda cuma  makan dua kali sehari iaitu ketika sahur dan berbuka. Berbanding di hari-hari biasa anda makan tiga kali ditambah kudapan di kala waktu santai.

Apakah anda termasuk salah satunya? Jika ye, anda wajib baca tip diet ketika Ramadan seperti berikut.

IKLAN
  1. Kawal makanan

Makan dua kali sehari bukan bermakna anda makan lebih sedikit dari kebiasaan. Akuilah selepas berbuka anda akan berterusan makan selepas menunaikan solat terawih ? Inilah yang sering membuat berat badan naik.

Usahakan untuk makan sayur, buah dan protein ketika makan. Kurangkan nasi khususnya nasi putih. Kalau mahu, anda boleh mengambil nasi merah. Tidak perlu mengambil terlalu banyak kalori demi menjaga perut, yang penting ia seimbang! Satu lagi, elak makan  makanan bergoreng selama bulan Ramadan ini.

IKLAN
  1. Kekal melakukan senaman

Puasa memang membuat tenaga anda mu tidak sebanyak semasa tidak berpuasa, namun bukan bermakna anda tidak mampu melakukan senaman. Oleh itu , teruskan bersenam sepanjang puasa bagi mengekalkan stamina badan dalam keadaan yang segar dan bertenaga.

IKLAN

Mungkin anda hanya perlu mengubah jenis senaman yang dilakukan dan waktu melakukannnya. Senaman kardio, di malam hari sekitar satu jam setelah buka puasa itu sudah mencukupi.

  1. Tetap mengambil kudapan

Siapkan buah, sayuran, atau kacang-kacangan untuk  jadi snek di waktu-waktu santai setelah berbuka puasa atau ketika menunggu waktu imsak. Jangan lupa berikan masa yang cukup antara makan terakhir anda dengan waktu tidur. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur, anda perlu berhenti mengunyah makanan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI