Trending
  • 404
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    404
    Shares

Macam-macam cara untuk dapatkan kulit wajah dan tangan yang putih. Akibat kerancakan permintaan untuk bertukar warna kulit, maka pelbagai produk pemutih dikeluarkan di pasaran.

Kadangkala akibat keghairahan untuk tampil putih segera, kita tidak menghiraukan akibat yang bakal dihadapi kelak. Oleh itu bijaklah memilih yang mana satu paling selamat dan tidak mendatangkan mudarat pada kesihatan.

Jika anda bimbang dengan kesan sampingan, apa kata cuba buat dengan bahan semula jadi seperti yang dikongsikan Ika Mat Bakhir ini. Hasilnya kulit wajah menjadi putih dan mulus. Ikuti perkongsiannya.

PUTIH DALAM SEJAM!!!! tiada wang jaminan dikembalikan sebab tak guna wang pon. Hahaha..today akak nak share petua gojes putih dan hilangkan parut kat kulit ni haaa. Al maklum lah yek sejak-sejak bawakan budak ni segalanya menjadi kurang berseri dek budak duk seduttt semuaaa seri mak. Haaaaa..so dah puas cuba produk macam-macam hok telan hok sapu hok oles hok tepek hok gonyoh hok tenyeh tapi kesan kena tunggu kadang berminggu. Nak makan suplemen sejak mengandung ni malaihhh pon ada. Ni petua akak nak share. Masyalahh sejam jee dah cerah sikit kulit, tak kusam dan paling penting kulit makin lembut kalah chezeee kek uols! Ni haaa step dan buktinye okayy. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

Beras pulut, sesudu garam dan sesudu gula.

Ok in case takde beras pulut pakai jelaa beras makan yg ada cap jasmine ke jati ke jgn korang bantai biskut beras sudah laaa ye.. muka buruk akak tak tanggung.

Langkah-langkahnya:

1. Masukkan semua bahan tadi dalam kuali dan goreng tanpa minyak dalam agak-agak 5 minit gitu. Biar gula, dan garam sebati dengan beras. Sampai beras kuning-kuning sikit, terus masuk dalam blender. Campur air panas sikit. Jangan banyak-banyak tau, kang cair tak best sangat nak tepek dan skrub kat kulit. Guna air panas sebab nak bagi jadi macam paste ala-ala paste tomyam lembik-lembik gitu. Hahahah.

2. Inilah hasilnya. Agak-agak macam muntah kucing je korang rasa kan? Hahahahaha… gurau sajoooo. Ni ha la jadiknya. Senang sangat kan? Cakap susah meh bagi pipi aku lempang lelaju…

3. Maka bermulalah sesi menyental dan menempek kat muka ni haaa.. Korang tunggu biar sejuk sikit paste tadi, then baru sapu/skrub/buat mask kat muka tau. Sapu tengah panas muka kau melecur, aku cakap padan muka je.. Haahaa.

a) Mula-mula ambil secolet then skrub satu muka. Satu muka tau skrub, sapu tonyoh genyeh tapi jangan sental guna berus besi lak! Sapu kat hidung skrub sikit-sikit biar rata.
b) And then korang basuh muka tau. Basuh guna air bersih bukan Ribena atau teh o okay.
c) Ambil lagi paste and tempek kat muka macam mask. Sapu rata-rata kat satu muka macam mask yang korang duk beli kat Watsons tu haaaa. senang je tepek. Tak tau tepek, meh akak pijak!
d) Biarkan je kat muka sampai kering, betul-betul kering tuggu sampai sejam tau. And then jangan terus basuh. Dah kering slow-slow skrub dan peel off semua yang kering-kering kat muka tu.
e) Dah peel off dan skrub semua paste yang kering tu, barulah basuh sisa-sisa tertinggal guna air yang bersih, and then lap kering-kering.

P/s : Kalau muka anda berjerawat, bermasalah akan rasa sedikit pedih-pedih manja je tak sakit pun macam akak kulit kering sikit so rasa gak la pedih manja tapi tak membahayakan.

4. TARAAAAAAAAAAAA!!!!! Lepas sejam je uolszz! Lepas sejam bertungkusss lumussss!!! Memang lah tak felawlesssss tapi nampak laa kurengg kan parut dan kekusaman?? And cerah sikit..buat hari-hari, buat selalu rasa akak akan lagi felawlessssss dari hok cucuk vitamin c tuh. Hahaha.. Jangan mareeee. So nak putih dan kurangkan parut serta jerawat boleh la amal selalu. Insyalah selamat. Takde bahan kimia, takde cucuk-cucuk, takde telan-telan. Akak baru buat sekali kesan dah gini. Engkorang try tiap hari buat. Konpom letupppppp.

Sebelum:

Try jugak skrub kat tangan dan celahan yang adoooo. Semua aku bahan skrub dan tepek sebab aku memag gila nak cantekkk. Hahahahahahah. So ni gambar before skrub. Tak edit dan no 360 tau. Kulit tak berapa nak putehh jangan kau kutuk.

Selepas:

Sejam je..lepas puas-puas skrub puas-puas sental dan mask tepek kat tangan. Tengok lahhhh uolssssss.. Nampak tak urat-urat tuuu?? Haaaaaaa.. sumpah tak tipuu.. Akak pon macam omaigosghhhhh hmmmmmm sangat takjubbbb.. So korang boleh laaaa try yekk. Tak cuba tak rugi pon, selamat barang dapur umah anda. Hahahaha. Dari duk telan-telan pil nak putih bagai try laaa jugak elemen semula jadi a.k.a elemen masakan niii. Kalau tertelan pun konpom tak termeninggal okayyyy. Nak putih nak lagi putih kau tamak nak putih gila buat lah hari-hari sampai dapat hasil yang diingini. Jangan malasssssss. Selamat mencubaaaa…
 

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: