Fesyen
  • 62
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    62
    Shares

Perkahwinan moden pastinya tidak lengkap tanpa kehadiran adik beradik atau teman baik si ratu sehari sebagai pengapit(bridesmaid). Tugas mereka untuk mengiringi pengantin dilihat sebagai satu penyeri momentum bahagia. Kebiasaannya para pengantin kurang memberi perhatian terhadap si pengapit. Ini adalah salah! Mereka juga harus kelihatan elegan supaya anda sebagai ratu sehari tampak lebih anggun diapit oleh bridesmaid yang manis menawan.

Dalam pemilihan pakaian untuk pengapit, mungkin ada daripada anda yang mengeluarkan belanja dan menaja keseluruhan pakaian pengapit. Namun mungkin juga ada situasi yang mana pengapit harus membeli sendiri pakaian mereka. Oleh itu, ada beberapa perkara yang anda perlu ingatkan supaya dapat mencapai kepuasan dan persetujuan dari kedua-dua pihak.

Perkara pertama, ratu sehari adalah orang yang kebiasaannya menentukan rona buat para pengapit. Maka, pilih rona yang elegan dan menarik supaya baju itu boleh dipakai semula di majlis lain oleh para pengapit. Untuk lebih menarik anda boleh menetapkan satu rona contohnya, ungu, namun terpulang kepada para pengapit untuk memilih ungu dari gradient warna yang berbeza antara satu sama lain.

Perkara kedua pula, tidak semestinya pakaian pengapit harus terdiri dari rekaan yang sama dan statik secara keseluruhan. Pastinya bosan bukan? Maka rekaan boleh dipelbagaikan, cuma harus diingatkan kepada para pengapit supaya masih memegang garis panduan berpakaian yang sopan. Mungkin boleh jika pengapit memakai gaun pendek namun jangan dibiarkan ia terlalu senteng, seelok-eloknya labuh minimum adalah pada lutut.

Seterusnya, penulis menyenaraikan pemilihan gaun pengapit yang tepat mengikut jenis busana perkahwinan pilihan si ratu sehari.

Sopan dengan pilihan gaun berlengan

ELEGAN

Untuk pengantin yang memilih gaun penuh elegan. Penulis menyarankan agar para bridesmaid juga mengikut tema ini. Tampilan pilihan gaun yang tepat untuk tema elegan adalah dalam potongan labuh. Ini bagi memberikan sokongan kepada gaya elegan pilihan pengantin.

Gaya rekaan pula boleh dimanipulasikan sama ada anda menginginkan gaun yang lebih berstruktur ataupun lebih relaks. Sesuaikannya mengikut peribadi dan juga bentuk tubuh anda. Mungkin juga boleh mengenakan padanan rekaan top berpeplum dan juga skirt labuh dari rona yang sana.

HIP

Pegantin yang hip pula dilihat lebih cenderung untuk memilih gaun perkahwinan yang lari dari kebiasaan. Rekaannya pula lebih eksperimental dan bersahaja. Oleh itu, rekaan dress pegantin perlu dibiaskan dengan cukup sempurna oleh busana pengapit. Pemilihan gaun pendek bertali spaghetti ataupun gaun pendek atau labuh strapless boleh diterima pakai (namun pastikan labuh skirt mencecah lutut). Cuba harus ingat agar gaun tersebut tampil ringkas tanpa percikan rona atau perincian keterlaluan kerana jika tidak ia dikhuatiri akan lebih meneyrlah dari rona putih pada gaun pengantin.

Rekaan gaun pengapit tidak semestinya sama. Boleh pelbagaikan rekaan

 

MODEN

Ratu Sehari moden cenderung memilih potongan yang sedikit seksi namun masih lagi tertutup dengan tampilan berlengan. Stail moden boleh diklasifikasikan sebagai a modern day princess wear yang mana gaun potongan kembang menjadi pilihan, namun perinciannnya adalah minimal dan tidak keterlaluan. Oleh itu, untuk pilihan pengapit penulis mencadangkan agar anda memilih pilihan gaun pendek berenda untuk pengiringi aura moden yang dipilih.

ROMANTIK

Untuk pilihan stail yang romantik. Busana perkahwinan kebiasaannya dibina dengan fabrik penuh renda dengan gabungan fabrik sifon. Biasanya untuk pilihan pengantin, gaun dipilih dari bentuk A-line, trumpet ataupun duyung. Oleh itu untuk pemilihan gaun buat pengapit, cuba elakkan pemilihan fabrik yang turut berenda, sebaliknya pilihlah gaun dari fabrik yang polos, cuma jika ada perincian biarlah ia dalam rekaan paling minimal.

KLASIK

Pilihan klasik kebiasaannya hadir dengan korset bukaan ‘sweetheart’ di mana ia berlekuk tengah di bahagian dada. Pilihan dari fabrik renda amat sesuai dengan tampilan busana perkahwinan klasik. Selain itu, potongan busana ala ‘Grace Kelly’ selalu dijadikan panduan untuk gaya klasik ratu sehari. Untuk pilihan pakaian gaun pengapit pula, rona yang terlihat sesuai adalah dari warna-warna yang redup. Dress pendek dan panjang berpeplum antara yang sesuai digayakan . Jika boleh kekalkan potongan dress dengan percikan rekaan sedikit klasik juga.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: