Elyana baru-baru ini menggemparkan kita semua selepas mengumumkan bahawa dia menghidap kanser Limfoma tahap empat. Pengumuman itu diberitahu selepas dia tersingkir dari pertandingan Gegar Vaganza baru-baru ini.

Namun apa yang kita banggakan ialah kecekalan dia melawan penyakit yang dihadapinya tujuh tahun yang lalu. Meskipun ramai yang sedih dengan apa yang dilalui Elyana, tapi dia tidak pernah pun menitiskan air mata saat menerima berita itu. Apa pula reaksi suaminya berhadapan saat-saat ini?

“Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,” itu kata-kata rutin sejak lima tahun lau yang diungkapkan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi memujuk hati isteri tercinta keluar daripada belenggu emosi.

Kata Khairul, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.

IKLAN

“Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.

“Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!

IKLAN

“Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

“Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

IKLAN

“Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?

“Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,” kongsi isi hati Khairul kepada Astro Gempak.

Sumber Artikel : Astro Gempak

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI