Jodoh itu rahsia Allah. Siapa pun jodoh kita, itulah yang terbaik telah Allah berikan. Kadang kita lihat ada orang tu berkawan bagai nak rak sehingga satu keluarga besar pasangannya dia kenal tapi jika Allah kata itu bukan jodohnya, maka bukanlah dia pasangan sehidup semati kita.

Ingatlah bahawa jodoh itu milik Allah. Kita hanya mampu merancang.

Pertemuan itu sering berlaku, kita bertemu, berkenalan dan mula perasaan itu datang. Ianya tak di duga, tak di jangka.

Kita mula suka dia dalam dia, kita mula merindui senyuman dia. Kita mula selit namanya dalam setiap doa kita. Kita cuba ambil berat tentang dia.Kita cuba sehabis baik untuk dia.

IKLAN

Dalam kita tak sangka pertemuan itu adalah ujian untuk kita. Kita bertemu sebagai proses perkenalan mungkin sebagai kawan tidak lebih dari itu.

Tetapi itulah hati, selalu berharap lebih dari apa berlaku, berusaha dan akhirnya hati mula terpaut.

Kita cuba rancang satu persatu mahligai indah untuk membina masjid teguh. Cinta bertaut berlandas jalanNya, akidah di jaga, pergaulan di bataskan.

IKLAN

Tetapi siapalah kita untuk mentakdirkan sesuatu kerana kita hanya hamba,takdir itu Allah yang tentukan. Hanya kita manusia merancang sesuatu mengikut kemahuan kita.

Serapat mana kasih berpaut, jika Allah telah takdir dia bukan milik kita maka akan terpisah juga. Segalanya berlaku merupakan ujian untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita dan dia.

IKLAN

Apa jua berlaku bersangka baik dengan Allah. Kecewa itu pasti tetapi teguhkan hati untuk yakin dengan Allah.

Jadi jangan terlalu berharap, kadang takdir kita hanya dapat bertemu, kenal dan berkawan sahaja belum tentu jodoh.

Sumber : Aku penghibur

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI