Adalah menjadi fitrah manusia, suka memberi sesuatu kepada orang lain. Apabila dapat memberi, hatinya akan rasa bahagia. Demikian  juga antara suami dan isteri. Suami yang dapat memberi kepada isterinya perhatian dan kasih sayang, akan rasa bahagia. Isteri yang dapat memberi layanan dan kasih sayang kepada suaminya, akan rasa bahagia.

Berikut ini antara tip-tip untuk seorang isteri memberi layanan kepada suaminya, agar hadirlah kegembiraan dan kebahagiaan dalam rumah tangga.

IKLAN
  1. Menyambut kepulangan suami dengan gembira. Berpakaian bagus dan berwangi-wangian.
  2. Bercakaplah dengan suara yang lemah lembut dan memikat.
  3. Apabila suami pulang, mulakan perbualan dengan berita-berita yang menyenangkan dan tangguhkan berita yang kurang menyenangkan sehingga suami selesai berehat
  4. Sediakan makanan yang disukainya dan hidangkan ketika dia mengingininya.
  5. Peliharalah kesihatan dan kecantikan jasmani agar suami senang memandangnya. Tetapi jangan pula bersedih hati sekiranya memiliki wajah atau bentuk tubuh yang tidak menggiurkan kerana kecantikan sebenar seorang wanita terletak pada akhlaknya.
  6. Selalulah membersihkan diri. Hilangkan bau yang tidak menyenangkan pada tubuh badan seperti bau yang melekat ketika memasak. Jangan biarkan suami memandang anda dengan berpakaian kotor dan selekeh.
  7. Pakailah pewangi, warna dan pakaian yang disukai suami.
  8. Cuba tukar penampilan dari semasa ke semasa agar suami tidak berasa bosan dengan penampilan yang sama.
  9. Jangan berasa tertekan sekiranya suami seorang yang miskin atau pekerjaannya ala kadar saja (tidak berjawatan tinggi). Anda sewajarnya melihat orang yang lebih miskin, sakit dan cacat dan bersyukurlah kepada Allah atas kurniaannya kepada anda. Ingatlah bahawa kekayaan sebenar terletak pada iman dan takwa.
  10. Usahlah mengharapkan suami anda seperti mana yang anda ingini dan sukai. Terimalah dia seadanya sebagaimana anda ingin dia menerima anda seadanya.
  11. Usahlah mendesak suami menyediakan perkara-perkara yang tidak perlu dalam hidup anda.
  12. Mengabdi diri kepada Allah bukan bererti anda tidak menikmati kurniaannya dalam perkara-perkara yang halal dan baik, tetapi ia bermakna anda memandang jauh kepada kehidupan akhirat dan mempergunakan apa saja kurniaan Allah untuk memperoleh syurga.
  13. Galakkan suami agar mengurangkan perbelanjaan dan menggunakan sebahagian harta untuk kerja-kerja kebajikan.
  14. Sekiranya suami ditimpa musibah, berilah sokongan kepada suami melalui kerja-kerja anda, wang anda dan harta anda jika diperlukan.
  15. Cubalah elakkan perkara-perkara yang pasti mendatangkan kemarahan suami. Tetapi sekiranya anda telah membuatnya marah, cuba lakukan perkara berikut:
  • jika anda bersalah, mintalah maaf
  • jika dia yang bersalah, elakkan pertikaian. Tunggulah sehingga kemarahannya surut, barulah bincangkan perkara tersebut dengan suasana tenang.
  1. Peliharalah diri daripada sebarang perhubungan terlarang dengan orang luar.
  2. Simpanlah rahsia keluarga dengan baik, terutama hal-hal di bilik tidur.
  3. Uruskan rumah dan anak-anak dengan sebaiknya.
  4. Pelihara segala harta miliknya dengan sebaiknya.
  5. Usahlah keluar dari rumah tanpa izinnya dan tanpa menutup aurat.
  6. Berlaku baiklah dengan ibu bapanya dan kaum kerabatnya.

 

IKLAN
IKLAN

Sumber: [Ringkasan dari buku How to make your husband happy oleh Sheikh Mohammad Abdelhaleem Hamed (seorang sarjana Mesir)]

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI