Setiap bakal pengantin pasti ingin lakukan kelainan untuk majlis perkahwinan agar ia mampu meninggalkan satu kenangan terindah. Jika anda sedang mencari idea untuk membuat cenderahati kepada tetamu, apa kata hadiahkan mereka dengan kipas tangan buatan sendiri.

Kipas tangan ini juga boleh anda cetak dengan aturcara majlis bagi memudahkan tetamu. Bahkan boleh juga tetamu jadikan kipas jika  mereka rasa panas.

Nak buat pun mudah, anda hanya perlu ikut langkah-langkah berikut. Hasilnya pasti menakjubkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Aturcara majlis anda yang dicetak dalam bentuk kad
2. Pita pelekat dua hala
3. Pemegang kipas kayu (boleh dibeli dikedai kraf)
4. Pembaris
5. Pisau X-Acto
6. Pemotong kertas atau gunting
7. Reben atau cat sembur (sebagai pilihan)

Cara membuat:

Langkah 1: Lipat kad menjadi dua bahagian. Tekan pisau X-Acto dengan menggunakan pembaris untuk membuat garisan di bahagian tengah kad agar kad mudah dilipat nipis tanpa membuat belahan pada kad.

IKLAN

Istimewa Buat Sendiri Kipas Tangan Untuk Hargai Tetamu Yang Datang Di Majlis Kahwin

Langkah 2: Gunakan pemotong kertas atau gunting untuk memotong bahagian kertas yang tidak diperlukan.

Istimewa Buat Sendiri Kipas Tangan Untuk Hargai Tetamu Yang Datang Di Majlis Kahwin

IKLAN

Langkah 3: Lekatkan pita pelekat dua hala di bahagian depan dan belakang kayu. Lekatkan juga di bahagian belakang kad.

Istimewa Buat Sendiri Kipas Tangan Untuk Hargai Tetamu Yang Datang Di Majlis Kahwin

Langkah 4: Pastikan kayu diletakkan di bahagian tengah bawah kad. Lipat kad dan tekan untuk memastikan kad melekat dengan sempurna.

IKLAN

Istimewa Buat Sendiri Kipas Tangan Untuk Hargai Tetamu Yang Datang Di Majlis Kahwin

Langkah 5: Untuk kesan yang lebih menarik, hiaskan dengan reben rona keemasan pada kipas tangan tadi.

Istimewa Buat Sendiri Kipas Tangan Untuk Hargai Tetamu Yang Datang Di Majlis Kahwin

Sumber: sweetvioletbride.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI