Bila bercerita tentang mak mentua, mulalah ramai yang gelisah. Tak semua mak mentua yang baik seperti mak mentua anda. Mungkin ada mak mentua yang baik, tak kurang juga yang garang dan zalim.

Dulu bila berbual dengan kawan-kawan, ramailah yang berangan kalau boleh nak kahwin dengan pasangan yatim piatu sebab tak pening kepala dan serabut fikir masalah keluarga lain. Mungkin ada betulnya mereka cakap, kalau dapat mak mentua jenis mengongkong kehidupan anak-anak, boleh buat stres.

Tapi lain pula dengan sesetengah pasangan yang rezeki mereka bertuah dapat mak mentua yang baik dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Kadang-kadang tu, mak mentua lagi memahami daripada mak sendiri tau!

13 jenis mak mentua yang ada ni, mungkin salah satunya sama dengan mak mentua anda.

Mak Mentua Zalim

Jenis Mak Mentua Yang Salah Satu Ini, Mesti Sama Dengan Mak Mentua Anda

Bila cerita fasal mak mentua ni kebanyakan orang kita rasa ngeri dan trauma. Mana taknya, ada mak mentua yang suka main ‘hantar-hantar’ kat menantu, dah kira syirik dah ni.

Bukan sembarangan dia guna siap ambil daripada bomoh Siam lagi. Sebab tu kalau anda rasa panas je dengan suami, selalu bertengkar sampai nak bercerai, cek balik kot-kot anda dibuat orang. Mana kes yang lagi teruk, isteri keguguran, sakit berpanjangan dan muntah darah!

Mak Mentua Suka Masuk Campur

Daripada anda couple dengan anak dia sampai dah beranak enam, mak mentua tak habis-habis nak sibuk dengan urusan anda. Kalau boleh semua perkara mesti di report dengan mak mentua dulu, dapat cop ‘sah’ baru boleh jalan.

Anda nak bercuti kat mana, anda nak kerja apa, nak hantar anak ke sekolah mana sampai nak anak berapa pun mak mentua yang tentukanlah. Ingat! Tak terjadi dengan anda, tak semestinya spesies macam ni tak wujud tau!

Mak Mentua Cerewet & Banyak Songeh

Jenis Mak Mentua Yang Salah Satu Ini, Mesti Sama Dengan Mak Mentua Anda

Anda ingat mak mentua spesies ‘Ibu Mertuaku’ dalam cerita P. Ramlee tak wujud ke? Ha fikir balik! Bila anda dapat tahu bakal mak mentua pentingkan kerjaya tinggi sedangkan anda hanyalah kerani biasa-biasa cukup bulan dapat gaji awal bulan dah habis bayar keperluan lain, alamatnya ia akan beri masalah besar pada anda nanti.

Tambah-tambah lagi bila dia tanya “Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” Time ni anda dah tahu kesudahan hidup anda.

IKLAN

Mak Mentua Pilih Kasih & Berat Sebelah

Jenis Mak Mentua Yang Salah Satu Ini, Mesti Sama Dengan Mak Mentua Anda

Memang kerap sangat kita dengar mak mentua pilih kasih tambah-tambah lagi bila kita ni bukan menantu kesayangan. Bila balik kampung je, mak mentua masakkan sedap-sedap, bagi perhatian lebih kat menantu lain.

Yang sedihnya anak kita pun turut menjadi mangsa berat sebelah mentua ni. Bila sembang dia akan banding-bandingkan menantu lain dari segi kerja, gaji, pangkat, anak pandai ke tak. Tapi yang paling mengarut sekali bila cantik atau hensem pun boleh jadi isu anak beranak. Memang tak boleh buat apa!

Mak Mentua Garang

Jenis Mak Mentua Yang Salah Satu Ini, Mesti Sama Dengan Mak Mentua Anda

Orang kata mentua garang tapi kalau hati baik takpe. Tapi macam mana pula kalau garang tak bertempat? Tak poning kepalo den! Huh! Admin ada kawan yang mak mentua dia ni tersangat garang orangnya. Dia ni sangat pantang kalau anak dan menantu perempuan tak buat kerja rumah. Dia punya membebel tak habis dari pagi sampai petang. Masalahnya kat rumah mentua dia ni masuk je rumah kalau boleh terus ke dapur.

Lagi banyak duduk dapur dari duduk kat ruang tamu. Mentua dia nak menantu perempuan sentiasa buat kerja rumah. Sentiasa masak. Habuk sikit bising. Jatuh barang sikit bising. Habis tu bila nak duduknya? Stres betul!

Mak Mentua Baik + Best + Penyayang

Jenis Mak Mentua Yang Salah Satu Ini, Mesti Sama Dengan Mak Mentua Anda

Kalau anda dapat mentua yang baik sesungguhnya ia merupakan nikmat teragung yang didambakan bagi setiap menantu. “It’s like you are the choosen one”.

IKLAN

Mak mentua sporting selalu cerita pengalaman dia, nasihat yang baik, boleh kongsi masalah semua. Bertuah badan! Sentiasa positif, happy go lucky dan selalu support menantu dalam apa jua keadaan. Tapi nak dapat macam ni, macam tunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya.

Mak Mentua Mulut Jahat + Buat Fitnah

Jenis Mak Mentua Yang Salah Satu Ini, Mesti Sama Dengan Mak Mentua Anda

Kita selalu dengar, dosa lelaki dari matanya manakala dosa perempuan dari mulutnya. Apa yang dikatakan ada betulnya. Pakej yang lengkap bagi kejahatan ibu mentua ialah menyebarkan fitnah. Paling kerap kita dengar, mak mentua buat cerita yang menantunya curang, mengandung anak haram.

Apa yang mentua tidak sedar ialah dia membuat fitnah yang sangat besar iaitu zina. Dalam masa yang sama, ia memburukkan darah dagingnya sendiri sehingga orang lain memandang hina pada keluarganya.

Nauzubillah!

Mak Mentua Jenis Berkira

Mak mentua selalu canang kat anak menantu lain yang dia dapat duit sikit daripada anda. Tak cukup dengan itu, dia tuduh anda kedekut dan tak bertanggungjawab.

Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk menghulurkan duit bagi meringankan bebannya tapi ada juga mak mentua yang tak faham dan terlampau mengungkit dengan pemberian anak. Lagi teruk dituduhnya menantu yang menghasut anaknya supaya tak bagi duit.

IKLAN

Mak Mentua Banyak Cakap

Kalau dapat yang banyak bagi nasihat takpe, ni dapat yang suka cakap keburukan menantu kat orang lain. Ni yang parah! Dapat mak mentua yang suka mengumpat ni memang payah. Hanya kerana lupa buang sampah sebab tergesa-gesa pergi kerja, habis sampai ke jiran dia canangnya.

Takde benda lain dia nak cakap selain mengutuk keluarga sendiri.

Mak Mentua Cemburu Dengan Menantu

Jenis Mak Mentua Yang Salah Satu Ini, Mesti Sama Dengan Mak Mentua Anda

Ada mak mentua yang tak boleh tengok hidup menantunya senang. Ada je tak kena. Cemburu bila anaknya bagi nafkah kat isteri. Cemburu bila tengok anaknya bermesra dengan isteri. Kadang-kadang tak masuk akal cemburunya. Bila tengok menantu pakai baju lawa je, dia pun nak.

Bila tengok ada kasut baru je, dia pun nak beli. Siap 2, 3 pasang lagi. Kalau dia beli corak bunga besar, dia pun nak ikut. Kalau tak dapat siap perli-perli lagi. Memang ada ye mentua macam ni. Letih-letih!

Mak Mentua Ego

Teringat pula dengan kisah kawan admin dengan mak mentua dia. Mak mentua dia business woman yang berjaya. So dia rasa dia berkuasa dengan anak menantu dia sebab dia berjaya dalam kehidupan dia kononnya.

Hari tu dia sampai lewat kat kedai mak mentua dia sebab ada urusan penting, mak mentua dia dah macam kena histeria sebab marah sangat. Orang lain duk tengok je. Dia selalu tengok mak mentua dia ni maki dan mencarut pekerja-pekerja dia depan orang lain. Tak habis dengan tu, dia menghina kedudukan orang lebih rendah daripada dia. Tu mak mentua ke hantu tu?

Mak Mentua Queen Control

Jenis Mak Mentua Yang Salah Satu Ini, Mesti Sama Dengan Mak Mentua Anda

Masaklah kau kalau dapat mak mentua macam ni! Admin ada terbaca luahan perasaan menantu perempuan ni. Dia dapat mak mentua queen control level 999! Bila tak mengandung lagi, dia panggil tin kosong.

Siap bagi tempoh lagi kalau tak mengandung juga suruh suami kahwin lain. Setiap kali kenduri kendara anak menantu dia wajib ikut dia. Tak ikut siap la kau! Tak cukup dengan tu, mak mentua selalu geledah barang dia. Tak tahu apa tujuan sebenar dia buat macam tu. Mungkin nak cari silap menantu kot.

Kesimpulannya, jika mak mentua anda menyenangkan hidup anda, bersyukurlah. Kerana tidak semua orang senasib dengan anda. Yang tidak bernasib baik, anggaplah ia sebagai ujian dari Allah SWT. Jangan cuba melawan atau bertindak kasar kerana dia masih ibu kita walaupun ibu mentua. Layanlah mereka sebaik mungkin kerana lama-kelamaan dia pasti akan terasa dengan kebaikan yang anda tunjukkan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI