Tidak perlu berhabis duit untuk membeli produk kecantikan yang mahal kerana ada cara mudah untuk anda buat produk pembersih wajah sendiri. Apatah lagi bahan yang digunakan juga selamat dan semula jadi, tentu sahaja anda tidak perlu bimbang.

Nak mendapatkannya juga cukup mudah, jadi tidak salah jika anda berusaha menggunakan bahan-bahan semula jadi ini untuk membersihkan kulit. Selain kulit bersih, khasiat yang terkandung dalam bahan-bahan ini tentunya bagus untuk kulit anda. Selamat mencuba!

1. STRAWBERI DAN YOGURT

Jimat Dan Mudah Buat Produk Pembersih Wajah Sendiri Hanya Guna Bahan Semula Jadi

IKLAN

Bahan seperti strawberi dan yogurt ini boleh digunakan untuk membersihkan wajah. Caranya cukup mudah, hanya campurkan sedikit yogurt bersama strawberi yang sudah dihancurkan. Lalu sapukan ke wajah dan bahagian leher serta biarkan selama 15 minit. Jika sudah selesai, bilas wajah anda dengan air biasa.

2. TELUR DAN MADU

Bila di rumah bahan seperti telur dan madu juga boleh dimanfaatkan untuk membersihkan wajah. Caranya ialah dengan mencampurkan satu biji telur bersama madu, kemudian gaul sampai rata. Setelah itu sapu pada wajah dan bahagian leher. Biarkan selama 15 minit. Bersihkan wajah anda dengan air bersih.

IKLAN

3. OATMEAL DAN LEMON

Jimat Dan Mudah Buat Produk Pembersih Wajah Sendiri Hanya Guna Bahan Semula Jadi

Ternyata oatmeal dan lemon juga dapat memberikan manfaat untuk membersihkan wajah. Campurkan oatmeal dengan jus lemon dan tuangkan sedikit madu. Sapu pada wajah dan gosok dengan lembut selama 15 minit. Setelah itu bilas menggunakan air bersih.

IKLAN

4. MADU DAN SUSU

Kulit anda terasa kering, apa kata cuba gunakan bahan daripada susu dan madu. Campurkan madu dan susu, kemudian sapu rata pada wajah anda. Biarkan kira-kira 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Itulah bahan yang boleh anda manfaatkan untuk membersihkan wajah. Semoga bermanfaat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI