Bajet kahwin adalah suatu perkara yang perlu dititkberatkan agar majlis berjalan seperti yang dirancang. Namun, kos yang dikeluarkan haruslah mengikut kemampuan dan tidak terlalu membazir.

Maklumlah harga barang pada zaman sekarang ini kan agak mahal. Oleh itu, perbelanjaan untuk melangsungkan perkahwinan perlulah dikawal dan dibuat dengan teliti.

Jom ikuti 7 tip berguna yang cukup mudah ini agar anda dapat berjimat selain memastikan bajet yang dikeluarkan lebih terkawal.

1. TETAPKAN JUMLAH TETAMU

via GIPHY

IKLAN

Tetapkan jumlah tetamu yang hadir supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Dengan ini, anda dapat mengira bajet untuk kos perbelanjaan makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

2. BUAT SECARA GOTONG-ROYONG

Gotong-royong dapat menjimatkan kos kerana anda hanya mengeluarkan wang untuk membeli bahan mentah. Selain itu, acara gotong-royong juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran anda. Sekiranya anda memilih katering, pastikan anda membuat survey bagi mendapatkan katering dengan harga yang paling berpatutan.

IKLAN

3. ELAK TEMPAH BAJU KAHWIN 

Elakkan daripada menempah baju kahwin yang baharu kerana khidmat menyewa adalah jauh lebih murah. Lebih baik sekiranya anda menyewa sahaja baju kahwin yang termasuk dalam keseluruhan pakej seperti pelamin, hiasan meja makan, blik tidur dan lain-lain lagi.

4. ADAKAN AKAD NIKAH & RESEPSI HARI YANG SAMA

Untuk menjimatkan kos, sebaiknya majlis akad nikah dan resepsi diadakan pada hari yang sama. Contohnya, akad nikah diadakan pada sebelah pagi manakala resepsi pula diadakan pada waktu tengah hari ataupun malam. Dengan ini kos perbelanjaan dapat dikurangkan dan menjimatkan.

IKLAN

5. ELAK KAD PERKAHWINAN MAHAL

Tip Jimatkan Kos Kahwin, Ikut Bajet Paling Penting, Jangan Sampai ‘Terlajak’ Belanja

Jangan menempah kad perkahwinan yang terlalu mahal. Cukup sekadar sedap mata memandang dan berpatutan untuk dijadikan pilihan. Selain itu, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak perempuan dan lelaki dalam kad yang sama. Cara ini boleh menjimatkan kos dan amat praktikal.

6. PILIH BARANG HANTARAN BOLEH PAKAI

Tip Jimatkan Kos Kahwin, Ikut Bajet Paling Penting, Jangan Sampai ‘Terlajak’ Belanja
GUBAHAN DARI THE CRAFT POTION

Elakkan daripada berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Cukup sekadar 5 berbalas 7. Selain itu, jangan memilih barangan yang terlalu mahal untuk dijadikan hantaran. Sebaiknya pilihlah barangan yang akan digunakan kelak.

7. PASTIKAN ADA SENARAI SEMAK

Senarai semak merupakan perkara yang paling penting bagi memastikan kos dan bajet anda berada dalam keadaan terkawal. Malalui senarai semak ini, anda boleh mengetahui jumlah yang dibelanjakan selain membantu bajet perkahwinan anda sama ada ia terlebih ataupun terkurang.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI