Solekan yang cantik dan sempurna pastinya menjadi dambaan setiap wanita yang bergelar ratu sehari. Namun, bersolek adalah perkara yang tidak semudah yang kita sangkakan. Kaedah sebelum bersolek juga merupakan perkara penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

Sebelum menggunakan alatan solekan, pastikan anda melakukan persediaan buat kulit agar impak solekannya nanti turut menawan dan cantik persis bidadari kayangan.

Cuci Kulit Wajah

Pertama sekali, cuci kulit wajah dari sebarang kotoran dan habuk dengan menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.

Skrub

Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.

 Memakai Serum

Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.

Guna Krim Pelembap Yang Sesuai

Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.

Memakai Primer

Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.