Pastinya setiap bakal pengantin menginginkan keserian muka pada hari bersejarah nanti. Rejim penjagaan kulit wajah yang baik perlu diamalkan agar kondisi wajah sedia mendapatkan tatarias terbaik.

Ketahui tip yang berguna bagi mendapatkan hasil yang terbaik dari perkongsian Aya Zuki di laman facebooknya.

Hanya Guna Kunyit Dan Beras Je Wajah Jadi Cerah Dan Berseri. Tak payah keluar modal pun, guna bahan semulajadi yang biasa ada kat dapur je. Petua ni katanya boleh mencerahkan kulit wajah.

Cara caranya seperti bawah ini.

1. Guna kunyit hidup lagi kebabomm kesan dia dari guna serbuk kunyit. Jangan risau tak kuning pon muka bila dah campor dgn beras. (Kunyit 2-3cm).

2. Blend beras yg direndam semalaman (setengah cawan beras).

3. Dah blend campur dua2 bahan tadi. Lepas tu sapu kat muka, gosok slow2 (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci la muka pakai pencuci muka uols kalau muka kuning. Tp tak kuning pon muka saya pakai.

Kalau nak tambah madu/yogurt/susu/perahan limau nipis/putih telor pun boleh (pilih salah satu)

Boleh simpan dalam peti sejuk yang lebih.

Sumber: Aya Zuki