Apabila isteri mampu menambat selera si suami, itu bermakna si isteri berjaya menemui kunci kasih sayang di dalam rumah tangga. Jadi bagi anda yang bakal bergelar raja sehari, ada baiknya mencuba resipi istimewa ini. Moga dapat menawan selera si suami dengan juadah yang cukup istimewa.

Bahan-bahan:
100 gm salad
100 gm isi ayam - bahagian dada
20 gm leku parmesan
50 gm daging keping -digoreng rangup

Bahan untuk dressing:
50 gm mayonis
25 gm mustard
10 gm capers
10 gm ikan bilis
10 gm bawang putih

Cara membuat:
1. Sediakan salad dan basahkan.
2. Panggang dada ayam yang diperap sehingga masak.
3. Goreng daging keping sehingga rangup.
4. Campurkan semua bahan untuk dressing dan gaul sebati.
5. Hidangkan.