• 1.5K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.5K
    Shares

Berapa kerapkah anda melakukan hubungan intim bersama pasangan dalam seminggu? Cuba semak manfaat yang diperolehi daripada frekuansi kekerapan anda melakukannya.

Sekali Seminggu Untuk Tidur Sempurna

Menurut Ahli Antropologi dari Universiti Rutgers, New Jersey, Helen Fisher, hubungan intim membuatkan otak akan merembeskan oxytocin yang boleh meningkatkan waktu dan kualiti tidur.

Dua Kali Seminggu Untuk Kesihatan

Pasangan yang melakukan hubungan intim dua kali seminggu mempunyai 30 peratus lebih protein immunoglobulin A yang berupaya untuk melindungi anda daripada jangkitan penyakit.

Tiga Kali Seminggu Untuk Jantung

Menurut kajian dari Universiti Bristol, berhubungan intim tiga kali seminggu membantu mengurangkan 50 peratus risiko serangan jantung kerana ia membantu kadar denyutan jantung, sekali gus memperbaiki pengaliran darah di dalam badan.

Empat Kali Seminggu Untuk Awet Muda

Kajian oleh Hospital Royal Edinburgh menunjukkan pasangan yang melakukan hubungan intim empat kali seminggu akan kelihatan empat sehingga tujuh tahun lebih muda daripada pasangan yang kurang melakukannya. Ini adalah kerana, hubungan intim menghasilkan hormon pertumbuhan manusia yang membantu mengurangkan lemak badan dan membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik.

Lima Kali Seminggu Untuk Prestasi Kerja

Hubungan intim yang dilakukan sebanyak lima kali seminggu mampu meningkatkan tenaga, keyakinan, fokus dan kreativiti, sekali gus membuatkan anda lebih positif. Semua ini membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik di pejabat.

Enam Kali Seminggu Untuk Menjadi Lebih Pandai

Hubungan intim menggalakkan pengaliran darah ke otak dan merembes hormon yang mampu meningkatkan daya intelektual anda. Bukan itu sahaja, menurut kajian, berhubungan intim sebanyak enam kali seminggu mampu mewujudkan sel-sel otak yang baharu.

Tujuh Kali Seminggu Untuk Kurangkan Stres

Membuat hubungan intim setiap hari mampu mengurangkan tekanan. Menurut seorang doktor dari California, hubungan intim yang kerap boleh mengurangkan rasa bimbang kerana ia menghasilkan endorfin. Ia juga mampu memperbaiki mood anda untuk menjadi lebih gembira.

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: