Kisah suami bernama, Sharul Nizam Ab Rahim berkongsi cerita tentang pengalaman beliau menjaga isterinya sepanjang berkahwin patut dijadikan inspirasi buat mereka di luar sana. Menurutnya, usia perkahwinan yang baharu mencecah lapan bulan, sudah banyak dugaan yang dilaluinya.

Menjaga isteri yang menghidap penyakit ‘Mental Disorder’ bukanlah satu perkara yang mudah kerana tingkah lakunya yang tidak dijangka. Namun, kecekalan suami ini mengatasi segalanya. Begitulah kasih seorang suami terhadap isteri tercinta!

Pakar mengesahkan isteri saya mengidap – Paranoid Schizophrenia

Usia perkahwinan kami baru masuk lapan Bulan. Asakan demi asakan yang saya terima – Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki.

Penggeledahan maklumat menunjukkan – Isteri mula mengambil rawatan psikiatri sejak 17 tahun lalu (08.06.2000).

Pada 30.11.2014, doktor pakar mengesahkan isteri saya mengidap – Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder.

IKLAN

Penyakit ini – No Cure. Yang ada cumalah – Kawal. Ia mesti dikawal melalui – Pengambilan Ubat. Lagi satu, Penuhkan fikirannya melalui activity yang dia suka. Isteri saya suka melukis. Lagi satu, dia suka mengajar. Mutu lukisan dan mutu pengajarannya – Baik. Malah lebey baik dan cemerlang daripada sesetengah mereka yang tidak berpenyakit.

Tidak mengambil ubat dan tiada activity, isteri saya akan didatangi – Kepercayaan palsu (Delusion) dan Halusinasi (Hallucination).

Semasa Delusion – Tanpa sedar, dia akan berkata suaminya jahat. Ketika ini – Dia mula mencari sokongan. Misinya – Orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Seandai kamu enggan percaya – Siaplah kamu. Dia akan kembali semula pada suaminya, dan berkata – “Abang… Itu orang jahat “. Tanpa mata hati – Kita saling membenci. Saling mengesyaki. Saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan.

IKLAN

Semasa Hallucination – Tanpa sedar, dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan. Dan bisikan itu – Suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri / merosakkan barangnya. Dan satu keadaan – Dia sedang dicederakan. Ketika ini berlaku – Tiba-tiba saja, isteri akan lenyapkan diri. Kalau ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 200 pagi – 300 pagi, itulah orang rayau.

Itu tak apa lagi. Tiada ancaman pada awam. Seandai fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri / dirosakkan – Hati-hati. Kalau dia diam memendam – Ok. Tapi kalau dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun – Jaga-jaga. Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling / memecahkan / menakutkan / mempertahankan diri. Tanpa mata hati – Mustahil kamu boleh bersabar. Natijahnya, sama ada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.

IKLAN

Masyarakat kita terutama orang-orang Melayu – Suka benar menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan pengidap psikiatri. Tetapi masyarakat barat – Mereka dedahkan. Mereka berdepan dan mereka cari jalan mengindahkan. Cari movieA Beautiful Mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya – Ada kesamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi.

Akan kujaganya seumur hayat

Saya sorang-sorang tak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima Kasih doktor. Terima Kasih nurse. Terima Kasih polis. Terima kasih guru besar. Dan terima kasih security guard.

Doktor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup.

Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk-tunjuk. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan – Akan kujaganya seumur hayat

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI