Jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur setiap bulan, bagaimana untuk mengira hari subur kerana anda mahu segera mendapatkan cahaya mata setelah berkahwin nanti.

Sukar sebenarnya untuk mengira hari subur sekiranya kitaran haid tidak teratur. Pertama sekali, anda perlu mengira kitaran haid anda setiap bulan untuk tempoh enam bulan atau sehingga berkahwin. Ramai wanita hanya mengetahui kitaran haid mereka tidak teratur, tetapi tidak betul-betul memastikan berapa hari kitaran haid mereka.

Kitaran haid anda dikira dari hari pertama haid sehingga haid yang berikutnya. Sekiranya kitaran haid anda di antara 28 sehingga 40 hari, maka hari subur anda boleh berlaku pada mana-mana hari dari hari ke 14 haid sehinggalah hari ke 26 haid.

IKLAN

Anda digalakkan bersama atau berhubungan dengan suami selang sehari atau paling kurangnya setiap tiga hari dalam tempoh ini apabila merancang untuk mendapatkan cahaya mata.

Masalah akan menjadi lebih rumit sekiranya kitaran haid anda sangat jauh jaraknya di antara satu sama lain. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid 40 ke 70 hari, maka hari subur anda boleh berlaku pada mana-mana hari dari hari 26 haid ke hari 56 haid.

IKLAN

Anda dinasihatkan untuk menumpukan usaha untuk mendapatkan haid yang teratur sementara anda masih belum berkahwin. Berjumpalah doktor untuk mendapat pemeriksaan dan nasihat.

IKLAN

Ada wanita yang memang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun terdapat juga sebilangan wanita yang mendapat kitaran haid tidak teratur kerana pertambahan berat badan. Sekiranya ini berlaku, anda haruslah menumpukan usaha untuk mendapatkan berat badan ideal agar kitaran haid anda lebih teratur, dan tiada masalah selepas berkahwin nanti.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI