• 50
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    50
    Shares

Relevan di zaman ini, perincian berbentuk 3D kian mendapat perhatian buat penampilan ratu sehari. Tampak lebih bold dan mempesonakan, perincian ini bakal memberi gaya ratu sehari yang lebih dramatis dan menyerlah.

Selain untuk penataan gaya ratu sehari, kuasa perincian 3D juga boleh diberikan dalam aksesori dan  dekorasi bagi memberi nafas yang lebih unggul. Serlahkan gaya ratu sehari anda dalam majlis raikan cinta dengan lebih stylish bersama perincian 3D yang bakal menjadi fenomena hangat dan sensasi.

Jom kita lihat ilham yang boleh dijadikan insipirasi buat anda untuk meraikan majlis paling bahagia.

1. Tas Tangan Dior

Beg tangan jenama mewah ini bakal membuatkan si dara tersenyum lebar. Suntikan perincian timbul pada tas tangan ini cukup menonjol dengan percikan rona terang. Sesuai dijadikan sebagi dulang hantaran untuk majlis bahagia.

Gelang Tangan

Subang Bvulgari

2. Gelang Tangan Dan Subang Bvulgari

Ringkas dan minimalis! Sesuai digayakan oleh gadis yang inginkan gaya bersahaja dan moden. Warna perak subang dan rose gold pada gelang memberi nilai elegansi. Ungkapan cinta lebih bermakna bersama aksesori mewah ini.

3. Sepatu Ralph & Russo

Langkah ratu sehari pastinya bagaikan puteri kayangan saat menyarungkan sepatu dari jenama Ralph & Russo. Sulaman perincian 3D berbentuk flora memberi magis buat si pamakai. Rekaan eksklusif ini juga sesuai dihias indah di atas dulang hantaran bersamam gubahan bungan segar berona pastel.

4. Pewangi Marc Jacob

Segarkan diri anda di majlis raikan cinta bersama semburan dari pewangi Marc Jacob. Haruman memikat jiwa ini mencetuskan rasa sensual. Semburkan pewangi ini saat anda bergelar ratu sehari atau dihias indah di atas dulang hantaran sebagai adat berkasih.

5. Busana Ralph & Russo

Penampilan ratu sehari lebih menonjol bersama dress anggun ini. Perincian pada busana ini memberikan sedikit nada dramatis namun ia cukup relevan untuk disarungkan di majlis cinta. Warna putih memberi aksen suci dan bersih buat penampilan si ratu. Jadikan majlis paling bahagia anda sebagai momen yang sukar untuk dilupakan.

 

 

 

 

 

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: