Kulit cantik berseri merupakan idaman setiap manusia tidak kira wanita mahupun lelaki. Untuk menghindari proses penuaan bukanlah perkara yang mustahil walaupun saat tua tetap terjadi dalam hidup mana-mana manusia di dunia ini secara semula jadi. Apatah lagi untuk mengurangkan penambahan usia!

Untuk melaksanakannya tidaklah terlalu sukar serta memerlukan belanja yang cukup mahal. Sebaliknya anda hanya perlu melakukan pola hidup yang sihat dan lebih berdisiplin dalam memilih makanan yang akan anda nikmati. Selain itu, anda juga boleh amalkan cara mudah yang tidak memerlukan belanja besar. Anda boleh amalkan kesemua cara ini ataupun boleh mengamalkan satu cara sahaja, asalkan anda istiqamah mengamalkannya.

Cara 1:

Dilakukan selepas solat Isyak

IKLAN
  • Ambil air segelas
  • Baca Al-Fatihah 1 kali
  • Ayatul Qursi sekali
  • Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
  • Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga

 

IKLAN

Jadikan Amalan, Inilah Rahsia 3 Zikir Untuk Wajah Kekal Muda & Cantik Berseri!

IKLAN

Cara 2:

Zikir di bawah ini dibaca agar kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luar dan dalam. Amalkan membaca zikir ini dengan cara seperti berikut:

  • Baca “Ya Badiyah” 1 kali
  • Baca “Ya Nur” 1 kali
  • Baca “Ya Hadi” 1 kali
  • Baca “Ya Allah” 3 kali
  • Baca zikir di atas dan tiup pada tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita
  • Lakukan setiap hari

Cara 3:

Amalkan membaca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 daripada surah Al-Waqiah setiap kali selepas solat Subuh. Selepas membaca ayat-ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya anda kelihatan cantik, muda serta bertenaga luar dan dalam.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI