Kita ni kadang-kadang bukan tak nak peluk tapi dibesarkan dengan culture, ‘ahh malulah dah kahwin kan. Faham-faham sendiri dah la’. Walhal apa yang kita tak tahu, kadang-kadang kita perlukan setiap pelukan untuk membahagiakan hati yang mungkin pada hari itu sedang berduka, mungkin ada yang sedang menderita. Perkongsian lelaki ini, benar-benar membuka mata kita semua.
Mengikut kajian. Isteri perlu di peluk 3 kali dalam tempoh sehari untuk bagi emosi mereka lebih tenang. Saya cuba teknik ini dari bulan 1 lagi, nampaknya setiap bulan ada peningkatan dari segi emosi isteri.
Isteri nampak lebih ceria, lebih tenang untuk kawal emosi apabila anak meragam, sangat cekap untuk menenangkan suami ketika emosi suami tidak stabil.
Rupanya apabila kita kerap peluk isteri terutama ketika mereka dalam keadaan penat hormon oxytocin akan dirembeskan dengan lebih baik. Hormon ini akan buatkan mereka rasa tenang dan bahagia.
Jadi. Para suami ambil peluang hari ini untuk peluk isteri dengan penuh kasih sayang. Katakan kepada mereka yang kita sangat sayang dan sangat hargai mereka.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hukum Wanita Haid Masuk Masjid. Ramai Keliru & Buat Tak Tahu
Ramai yang masih keliru, sama ada wanita haid boleh masuk masjid atau tak. Sekiranya ada jemputan yang perlu dihadiri di masjid,apa perlu kita lakukan? Mungkin ramai dari kita tahu wanita haid tidak dibenarkan masuk ke masjid. Namun sejauh mana kesahihan fakta tersebut. Baca ni..
SOALAN:
Ramai dari kita tahu wanita haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid tapi ada juga wanita yang tidak mengendahkan saranan tersebut terutamanya ketika ingin menyaksikan majlis akad nikah dengan alasan darah haid tinggal sedikit dan hampir kering. Harap ustaz dapat berikan penjelasan.
JAWAPAN:
HUKUM yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid.
Pendapat yang mengharuskan pula ialah Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani dan Ibn Hazim Zahiri. Dalil mereka yang mengharamkan berdasarkan dua hadis Nabi SAW:
Pertama, hadis Aisyah RA yang maksudnya: Nabi SAW datang ke Masjid Nabawi. Ketika itu muka pintu rumah para sahabat Nabi bersambungan dengan Masjid Nabawi.
Baginda lantas bersabda: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid.”
Kemudian baginda memasuki masjid. Orang ramai belum mengambil apa-apa tindakan pun kerana mengharapkan agar turun kepada mereka kelonggaran.
Setelah itu baginda keluar bertemu mereka. Baginda lantas bersabda lagi: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid kerana sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid ini untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.” (Riwayat Abu Dawud RA).
Hadis yang kedua pula daripada Ummu Salamah RA yang maksudnya: Baginda SAW masuk ke pintu gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang: “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.” (Riwayat Ibnu Majjah RA).
Kedua-dua hadis tersebut menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid.
Ada pun melintasinya, kebanyakan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid.
Adapun berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 4 yang maksudnya: “(Jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub melainkan orang yang melintasinya.”
Ada pun dalil-dalil yang mengharuskan adalah pendapat yang mengatakan bahawa hadis daripada Aisyah dan Ummu Salamah tadi adalah lemah.
Dengan itu tiada dalil yang kuat yang boleh mengharamkannya.
Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal iaitu harus.
Hujah yang mengatakan bahawa hadis daripada Aisyah dan Ummu Salamah lemah telah dibantah oleh para ulama kemudian, antaranya Imam Syaukani.
Bagi beliau kedua-dua hadis itu berstatus hasan atau sahih, jadi kedua-duanya boleh dijadikan hujah dalam hukum.
MERUJUK KEPADA SOALAN DI ATAS, WANITA HAID YANG INGIN MENUNTUT ILMU DI MASJID TIDAK BOLEH DUDUK DI DALAM MASJID.
Namun, mereka boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat seperti dewan kuliah yang tidak dijadikan tempat solat, tempat rehat di tingkat bawah masjid, tempat berwuduk dan kawasan persekitaran masjid.
Sekiranya ada yang ingin berpegang dengan pendapat kedua, iaitu yang mengharuskan, mudah-mudahan itulah antara rahmat keluasan fiqh dan perbezaan pendapat dalam fiqh Islam yang dikurniakan oleh Allah ke atas umat Nabi Muhammad.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biarlah Hidup Susah Daripada Berhutang, Ini Antara Tip Buat Pengantin Baru
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya.
Di awal perkahwinan, setiap pasangan pengantin pasti akan merasa hidup susah kerana baru memulakan kehidupan bersama. Jadi, kami kongsikan 11 tip yang berguna untuk anda.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
2. Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
3. Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
6. Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
7. Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingat Pengantin Lelaki! 3 Hari Sebelum Akad Nikah, Korang Kena Ready Dengan Benda Ni
Persiapan menjelang perkahwinan bukan hanya dilakukan beberapa bulan sebelum majlis, malah setiap masa sehingga majlis yang diraikan itu selesai.
Di sini kami disediakan tip istimewa buat bakal pengantin lelaki dalam membuat persiapan tiga hari sebelum majlis berlangsung.
1. Jurucakap Rombongan
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan nanti. Hal ini penting kerana tidak semuanya dapat menjadi wakil untuk bercakap denga mudah. Oleh itu, kepada anda yang mempunyai bapa saudara serta yakin berkata-kata, mintalah pertolongannya!
2. Persiapan Akad
Walau berdebar mana pun degupan jantung menjelang majlis akad nikah, namun persiapan akad itu tetap perlu. Minta pendapat atau pertolongan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam proses akad nikah. Jika perlu, berlatihlah untuk menghilangkan sedikit gemuruh di hati.
3. Jumlah Rombongan
Pada saat-saat akhir, kebiasaannya jumlah rombongan pihak lelaki akan bertambah. Bagi mengelakkan berlakunya salah faham kemudian hari, maklumkan kepada pihak perempuan jumlah rombongan yang bakal hadir sama. Ini untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan ruang makan yang mencukupi bagi pihak lelaki.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI