• 2.9K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.9K
    Shares

Apabila sudah berumah tangga, isteri harus faham, suami perlukan ruang buat diri sendiri. Setiap suami punya hobi fanatik yang mungkin tidak dapat dihentikan meskipun sudah berumah tangga. Memang benar memahami hobi suami ada kalanya membuatkan isteri rasa seperti seakan-akan jatuh nombor dua.

Ketahuilah bahawa apabila melayan hobi suami, ia akan mengangkat darjat anda di mata suami di samping meletakkan sifat saling memahami dalam diri anda pada kedudukan yang paling tinggi di hati suami. Tidak dapat dinafikan bahawa jalinan persefahaman ini tidak akan terjadi sekelip mata.

Banyak fasa yang perlu dilalui termasuklah merajuk, sedih, rindu, berselisih faham dan sebagainya. Semua ujian-ujian ini memerlukan masa untuk difahami. Sebenarnya apabila isteri sudah mula memahami ‘rentak’ hobi suami maka kehidupan menjadi mudah.

 

KAGUM SIKAP HANIS ZALIKHA

Sikap Hanis Zalikha yang begitu memahami hobi suaminya Hairul Azreen menarik perhatian ramai netizen. Hairul Azreen punya hobi yang agak lasak dan sering menyertai aktiviti luar. Tidak semua isteri memahami hobi suami masing-masing. Mungkin ada golongan isteri yang ‘menarik muka’ setiap kali suami keluar memenuhi tuntutan hobi mereka.

Meskipun mereka sudah dikurniakan dengan seorang cahaya mata yang comel, Yusuf, Hanis seolah-olah tidak kisah suaminya keluar berhari-hari melayan hobinya. Kagum sungguh dengan sikap Hanis yang begitu memahami minat suaminya.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana penerimaan Hanis terhadap hobi suaminya itu. Ini jawapan yang diberikan oleh Hanis.

SENTIASA SOKONG & SERTAI MINAT SUAMI

I get this question a lot ? Suami & hobi.

 

Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong / sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing kat muara. So I don’t think that should change just because we got married.

 

Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang ? Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia SALURKAN tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya).

KENA TAHU LOGIK & TOLERANSI

Tapi dia kena tahu logik, dan juga toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemainnn. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai). He can go on his fishing trips, I can go on my girls trip. But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak).

 

You really do not want to take that away from him. The passion, the drive and the happiness from doing the things he loves makes him the person you admire so much. So appreciate your man and his passion. A man full of life, can love you better.

 

InsyaAllah.

Sumber: Hanis Zalikha

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: