• 380
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    380
    Shares

Assalamualaikum Admin,

Saya nak berkongsi cerita dengan admin, diharapkan jangan siar nama dan gambar saya. Ni hanya untuk pengajaran kita semua sama-sama.

Nama saya Azila umur 33 tahun dan tahun ni adalah tahun ketiga saya berkahwin dengan suami. Mula mula kahwin dulu suami bekerja sendiri dan berniaga kecil kecilan. Saya pula bekerja di syarikat swasta sebagai eksekutif pemasaran. sebelum kahwin dulu suami seorang yang sangat rajin, walaupun berniaga kecil-kecilan tetapi rezeki selalu ada. Memamng bahagia dan saya rasa saya perempuan paling bertuah dalam dunia.

Tapi masuk je tahun kedua perkahwinan, dia mula berubah. Jadi pemalas berniaga pun acuh tak acuh dan akhirnya tutup kedai. Katanya ekonomi teruk dan macam-macam lagi alasan, sejak daripada tu sayalah yang seorang diri menanggung segala perbelanjaan sampaikan rokok dan baju dia pun saya kena belikan.

Paling parah bila mak mentua saya datang nak duduk sekali sebab katanya duduk dikampung bosan. Saya tak ada masalah lagi tentang perkara ini sebab dah aggap dia macam ibu saya sendiri, tapi paling meyakitkan hati bila adik ipar saya duduk sekali sebaik tamat belajar dan tak bekerja. Bila ditanya kenapa tak kerja, dia boleh cakap orang nak bayar gaji murah. Bila saya tegur mak mentua marah megungkit cakap saya tak ikhlas dorang duduk kat rumah.

Suami pulak macam tu je asyik menyebelahi mak dan adik dia, tak kerja dok kat rumah semuanya macam biawak hidup. Sumpah saya tak tahan lagi, kalau admin nak tahu saya baru je keguguran anak pertama. Paling menyakitkan ibu mentua menyalahkan saya cakap saya ni tak sihat dan tak jaga kandungan betul-betul. Lepas tu siap cakap dah la saya ni susah nak lekat zuriat sebab tiga tahun kahwin baru mengandung lepastu gugur.

Tapi saya gugur sebab doktor cakap saya stres dan bekerja terlalu kuat. Ye lah, kalau saya tak kerja kuat cari rezeki lebih siapa nak bayar rumah, kereta dan makan minum. Semua perkara ni saya rahsiakan dari keluarga saya, mak abah pun tak tahu penderitaan yang saya lalui. Cuma rakan baik sepejabat saya yang tahu, dan mereka suruh saya minta cerai. Tapi saya tak kuat, saya bukannya muda lagi.

Apa yang patut saya buat min?

* nama telah diubah atas permintaan penghantar

 

 

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: