Tip
  • 151
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    151
    Shares

Nak kekal sihat cuba elak 7 pemakanan ini. Lelaki pada abad ini juga cenderung untuk menjaga kesihatan diri. Bagi penampilan yang sihat dan bergaya, elakkan diri daripada mengambil jenis makanan yang boleh menjejaskan diet seterusnya mengurangkan risiko untuk diserang penyakit. Hasilnya tubuh akan kekal sihat dan berkeyakinan.

1. Makanan atau minuman segera

Disebabkan oleh faktor kepadatan jadual harian, makanan dan minuman segeralah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita. Makanan dan minuman segera ini mempunyai kandungan garam, lemak dan perisa tambahan yang sangat tinggi serta zero nutrient. Jika diambil secara berterusan boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang kerana kandungan kalorinya yang sangat tinggi.

2. Produk berasaskan tepung

Kurangkan pengambilan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya (fortified). ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan bahawa tepung tersebut sudah mengalami proses bleached dan kehilangan sumber khasiat berharga. Sebaiknya, gunakanlah roti penuh gandum untuk kesihatan
tubuh anda.

3. Minuman berkarbonat

Minuman bergas mengandungi kandungan kafein dan gula yang agak tinggi. Sebab itulah ia boleh mencetuskan kebergantungan dan ketagihan. Minuman bergas boleh dikatakan hampir tidak mempunyai sebarang khasiat atau nutrien. Pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai masalah antaranya kegemukan, diabetes, kerosakan gigi dan juga kanser. Gantikan minuman bergas dengan jus buah-buahan segar atau air mineral.

4. Roti dan kek

Roti keju dan mufin bukanlah pilihan yang terbaik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. Sekalipun tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa dahulu
kandungan nutrisi makanan itu kerana sesetengah pengeluar makanan menggunakan strategi tersebut untuk melariskan produk mereka.

5. Makanan dalam tin

Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa yang tinggi. Begitu juga kandungan garam dan gula serta pengawet. Jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda. Kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk anda mengambil makanan sebegini kerana ia sangat berbahaya untuk kesihatan.

6. Makanan bergoreng

Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran pula ada yang menggunakan minyak dengan kandung lemak atau makanan yang digoreng dengan mentega dan telur yang banyak. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan makanan bergoreng. Jika teringin untuk makan makanan ini, anda boleh menggorengnya sendiri dengan minyak yang sihat seperti minyak zaitun. Anda juga boleh menggunakan kaedah masakan yang lain seperti bakar, kukus atau gril.

7. Kafein atau kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan meminum kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu, kebanyakan kopi di kedai hari ini menggunakan krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Selain itu, pengambilan kopi 3 dalam 1 juga sangat berbahaya kerana kandungan gula dan perisa tambahan yang agak tinggi.

 

 

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: