pic-pinterest

Membina mahligai rumah tangga yang bahagia menjadi impian buat setiap pasangan. Melangkah ke fasa perkahwinan tidak seperti mana anda di zaman percintaan. Di sini anda dapat melihat perubahan sikap pasangan atau kemunculan sikap sebenar pasangan yang tidak pernah anda ketahui sebelum berkahwin. Hadapinya dengan penuh kesabaran.

  1. Terima kelemahan pasangan dan nilai kelemahan diri

Setiap individu mahukan kesempurnaan. Sebagai pasangan. lengkapkan kelemahan pasangan anda dengan kelebihan yang ada dan jadikan kelebihan pasangan anda sebagai pengukuh kelemahan anda. Jangan terlalu mementingkan kesempurnaan sehingga anda kerap kali bercakap tentang kelemahan pasangan anda. Bimbing dan bantu pasangan anda untuk berubah ke arah yang lebih baik.

IKLAN
  1. Luangkan masa untuk bersama

Carilah masa untuk berdua dengan pasangan agar lebih mengenali pasangan anda. Masa bersama memberi ruang kepada pasangan mengenali sikap dan hati budi masing-masing sekaligus memahami dan  menerima antara satu sama lain.

IKLAN
  1. Jangan sering mendesak pasangan

Perkara ini harus dielakkan di dalam mengubah sikap negatif pasangan. Jika mahukan perubahan pada pasangan janganlah berharap ia dilakukan serta merta. Apabila pasangan kerap melakukan sesuatu perkara dengan terpaksa dan tidak ikhlas, perubahan yang diinginkan darinya hanya berlaku sementara.Desakan pada pasangan akan lebih mengeruhkan keadaan.

IKLAN
  1. Bersikap terbuka dan saling berbincang

Belajarlah menjadi seorang yang bersikap terbuka. Jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, berbincang dari hati ke hati. Pilih masa dan keadaan yang sesuai untuk berbincang. Jika menegur pasangan biarlah berhemah agar tidak mengguris perasaannya.

  1. Tunjuk contoh yang baik  – Cinta dalam rumahtangga tidak memadai. Ia harus dilengkapi dengan ekonomi rumah tangga yang kukuh dan nilai murni yang disemai. Pastikan anda memainkan peranan dalam rumah tangga terlebih dahulu supaya pasangan anda juga dapat menyedari akan tanggungjawab dan peranannya. Hormati pasangan anda dan tegurlah dia dengan baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI