Buat mereka yang bakal mendirikan dan ada yang merancang berkahwin, ingatlah, nikah ini umpama komitmen kita seumur hidup. Berbeza dari masa kita bercinta yang mana boleh tinggalkan bila tidak sefahaman, berbaik bila bergembira.

SEPUTAR ISU JODOH DAN PERNIKAHAN

Beberapa orang sahabat single minta nasihat berkenaan jodoh dan pernikahan. Sebetulnya saya bukanlah orang yang tepat untuk jadi rujukan. Ini yang saya boleh cakap.

– Nikah is a lifetime. Komitmen seumur hidup. No such thing bila suka sayang bila dah tak suka buang.

– Tanya Allah dulu. Istikharah. Tak semestinya nikah dengan orang yang kita cinta. Jika benar kita cinta namun Allah tidak izin tetap tidak bersama juga. Pergantungan kepada Allah yang beri bahagia. Bukan pasangan kita.

– Pilih orang yang benar benar mahu kahwin dengan kita. No sweet talk. Just tunjukkan effort jika benar mahu jaga kita. Tiada guna bercinta 10 tahun namun banyak alasan bila kita ajak jumpa keluarga.

– Pilihlah orang yang menjadikan kita lebih baik. Tak kira dari segi sosial atau agama. Yang akan sentiasa sokong usaha kita. Tidak semestinya lelaki berkopiah serban sahaja untuk jayakan misi ’till jannah’. Banyak lagi sudut lain yang perlu diambil kira.

IKLAN

– Sebelum nikah perlu bincang halatuju pernikahan. Apa yang awak expect dari pernikahan ini. Mahu bawa syurga kecil ini ke mana. Akhirat adalah destinasi terakhir kita.

– Telus dalam soal kewangan dan apa apa kekurangan yang tidak meng-aib atau memudaratkan. Selepas nikah tiada lagi ‘saya’ dan ‘awak’. Hanya ada ‘kita’ dan ‘kita’.

– Berlapang dada untuk memberi. Nikah is all about giving. Give, give and give. Bukan sekadar bagi hadiah sweet sweet. Beri maaf, minta maaf, mengalah, memujuk, menolong. Senang cakap belajar rendahkan ego sendiri.

IKLAN

– Nikah bukan dengan suami sahaja. Bahkan dengan keluarganya sekali. Pastikan dia juga sedia terima keluarga kita. Adil dan tidak berat sebelah. Ini sangat penting. Kerana kita juga punya ibu, ayah dan adik beradik.

– Sudah bersedia untuk tidur sekatil, makan sepinggan. Kongsi hidup juga bermakna kongsi cara hidup. Kongsi impian. Ustaz Ebit Lew pernah cakap, sedihnya jika suami isteri tidur sebantal namun mimpi lain lain.

– Nikahlah kerana sudah bersedia. Nikah kerana Allah. Bukan kerana kawan kawan semua sudah nikah. Atau kerana orang orang yang sibuk bertanya bila nak nikah. (suruh depa baca sini. Hehe.)

IKLAN

– Sabar. Sabar. Sabar.

– Sentiasa ingat. Kita akan nikah dengan manusia. Yang selamanya tidak akan sempurna.

Jika belum ada tanda tanda wujudnya calon. Teruskan usaha perbaiki diri. Jaga solat. Minta ibu ayah doakan (Doa ibu ayah mustajab). Enjoy your life. InshaAllah bila masa dah tiba, calon kacak pasti tiba dengan lafaz mulia.

Wallahu’alam

Kredit for #SchaSyedMohd via Omarraz Wedding

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI