Tahniah buat Laudya Cynthia Bella yang bakal disatukan bersama calon pilihan hatinya, Engku Emran. Majlis yang bakal berlangsung pada bulan ini akan dilakukan secara sederhana tanpa bertunang.
Cantiknya Laudya Cynthia Bella, gambar sekitar di majlisnya. Sejuk mata memandang…
“One step closer to happiness”
Ini Part of the best moment in my life,proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan “takdir”.Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati.
Terimakasih ya Allah??
#BAE
Semua rasa datang dari Allah. Dan ini rasa yang tidak bisa saya tulis disini. InshAllah ini menjadi pengalaman pertama & terakhir.
YaAllah tolong jaga keluargaku. Amieennn…ea sayang kalian❤️
“Apa yang sangat disenangi Emran mengenai bella ialah karakter wanita itu yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek. Alhamudulliah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra.”- Engku Emran
Kami doakan semoga Allah menyempurnakan segala kebahagiaan kalian, selamat menempuh hidup baru serta menjadikan pernikahan ini sebagai sebuah keluarga yang sakinah dan dilimpahkan rezeki serta selalu dalam lindunganNYA.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sweet Betul Engku Emran Buat Surprise Untuk Bella! Tak Berkelip Tengok Gambar Kahwin Mereka Di Bandung
Sweet betul tengok gambar kahwin pasangan romantis Bella dengan Engku Emran yang berlangsung di Intercontinental Hotel & Resort Bandung, Jawa Barat, semalam. Tak berkelip rasanya mata tengok setiap gambar pasangan ini. Jelas tergambar kebahagiaan yang dirasai pasangan sejoli ini. Awal September lalu, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Majlis yang diadakan secara tertutup ini dihadiri oleh 300 tetamu. Jauh daripada kesan mewah, majlis resepsi Bella dan Engku Emran terlihat sederhana dan dihiasi dengan nuansa putih. Pada majlis resepsi itu juga menyaksikan Bella menyarungkan busana pengantin hasil sentuhan Ayu Dyah Andari. Wajah manis Bella pula nampak berseri-seri hasil solekan andychunmakeup dengan tema nude.
Memilih untuk menggayakan jump suit dengan warna blush meriah bersama perincian Swarovski dan taburan kristal nyata busana ini mampu memperindahkan lagi seri ratu sehari bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan itu. Engku Emran tampil hampir senada dengan penampilan Bella, tampan dengan mengenakan sut berwarna coklat bersama kemeja putih dan tali leher berwarna hitam dari Wong Hang Tailor.
Sebagai tanda kasih dan cinta kepada isteri tersayang, Engku Emran telah membuat kejutan kepada Bella pada majlis tersebut. Amy Search telah didatangkan khas dari Malaysia bagi mendendangkan lagu Isabella. Amy Search sendiri ternyata sudah tidak asing lagi bagi keluarga Bella. Malah ibu Bella juga sangat mengidolakan penyanyi itu sehingga memberikan nama puterinya Bella, yang diambil daripada judul lagu Amy yang sangat popular iaitu Isabella.
Majlis resepsi kedua pasangan mempelai ini turut dihadiri oleh Bunga Citra Lestari, Melly Goeslaw, Zaskia Sungkar, Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri. Sempurna sudah majlis di kedua-dua belah pihak. Didoakan agar mahligai pasangan sama cantik dan sepadan ini kekal bahagia hingga ke syurga.
Ayuh kita cuci mata dengan rakaman memori terindah pasangan merpati dua sejoli ini di majlis resepsi mereka.
Sumber gambar: the leonardi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengantin Kena Tipu RM13K, Makanan Tak Sampai Terpaksa Masak Sendiri
Kasihan pengantin kena tipu mudah-mudah oleh pihak catering, pada saat tiba-tiba langsung tak beri maklum balas mengenai persiapan hidangan kepada tetamu.
Jalan akhir, keluarga pengantin terpaksa masak sendiri untuk melancarkan majlis perkahwinan keesokan harinya.
Pengantin Kena Tipu RM13K
Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, dalam kenyataan menerusi Facebook berkongsi, sepatutnya catering itu menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu dan pelamin. Tetapi kosong!
Akibat kejadian itu, keluarganya kerugian RM13,000 bagi majlis perkahwinan yang berlangsung semalam di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Serting.
“Untuk makluman semua, kami telah menjadi mangsa penipuan. Katerer ditempah oleh adik kami tidak hadir. Banyak kali kami cuba call (telefon) tapi tiada respons.
“Jadi kami adik-beradik memilih masak sendiri. Hanya kemampuan kami siapkan dalam anggaran 400 pax (bungkus) makanan… itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman,” katanya.
Buat Laporan Polis
Burhanuddin turut memaklumkan pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada malam sebelum majlis berkenaan.
Keluarga pengantin ini juga bercadang mengajukan kes berkenaan ke peringkat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau merujuk kes ke pihak peguam.
Besar ujian pengantin ini, moga selepas ini kehidupannya dipermudahkan dalam segala hal. Buat anda yang bakal buat majlis, beringat sama jangan sampai terkena nasib yang sama. Pastikan betul-betul kenal dengan pihak catering atau mungkin boleh semak dengan pelanggan sebelumnya.
Kredit: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mana Boleh Pukul/Tumbuk Wajah Isteri! Alasan Untuk Tujuan Mendidik Sampai Mencederakan Tak Boleh Pakai!
Setelah hampir sebulan dikecohkan dengan isu kecurangan dan diceraikan suami, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, menerima satu lagi ujian apabila dia telah ditumbuk di bahagian wajah oleh bekas suaminya itu. Tumbukan itu menyebabkan wajahnya cedera.
Terdahulu, keluarga Nurul Shuhada mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.
Disebabkan kejadian terbabit, Nurul Shuhada mengalami luka pada bahagian wajahnya sehingga terpaksa menerima jahitan akibat kecederaan tersebut.
Berbicara soal suami memukul isteri, sebenarnya bolehkah seorang suami itu memukul isteri?
Berikut huraian yang dipetik dari Sinar Harian dan Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Memukul dengan niat bukan menzalimi dibolehkan sebagai jalan paling terakhir untuk mendidik isteri.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ibrah Paradigm Training & Consulting, Ustaz Syaari Ab Rahman berkata, kalimah boleh pukul isteri dalam surah Surah Al-Nisa ayat ke-34 juga bukanlah tiket kepada suami untuk menjatuhkan hukuman kerana tidak berpuas hati dengan kelakukan dan ketaatan isteri.
Firman Allah SWT:
اللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).” (Surah al-Nisaa’: 34)
“Nabi Muhammad SAW tidak pernah memukul isteri baginda maka suami-suami yang mempergunakan ayat ini bagi memukul isteri mereka mesti berfikir berkali-kali adakah kita melakukan sesuatu mengikut agama atau hanya sebenarnya menunggang agama,” katanya
Menurutnya, tiga kaedah boleh digunakan suami iaitu nasihat, tinggalkan tempat tidur bersama isteri dan akhir sekali jika tidak berjaya, ALLAH SWT benarkan pukul sebagai cara yang ketiga namun nabi melarang pukul isteri di wajah dan sebat.
“Bila kita perhatikan dengan teliti maka kita perlu berhati-hati untuk mengenakan kaedah pukul kepada isteri yang ada tanda-tanda kederhakaan.
“Paling penting bila membaca ayat ini, suami perlu tahu adakah dia benar-benar amanah dengan nafkah yang diperintahkan, berikan keselamatan kepada keluarga atau adakah sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami,” katanya.
MEMUKUL ISTERI DENGAN PUKULAN YANG BERSANGATAN (وَاضْرِبُوهُنَّ)
Jika isteri benar-benar tidak mentaati suaminya dan terus nusyuz, suami boleh memukulnya dengan pukulan yang tidak melukakan atau tidak membahayakan tubuh badan isteri.
Syarat pukulan dengan tujuan mendidik:
*Tidak memukul bahagian wajah dan kepala untuk menjaga kemuliaannya, serta kawasan yang lemah atau kawasan yang berkaitan dengan kecantikan seperti perut atau dada kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecacatan atau kematian.
*Tidak memukul mengunakan alatan yang keras dan berbahaya seperti tongkat.
*Mengetahui bahawa pukulan itu akan menyedarkan isteri tentang kesalahannya. Sekiranya dengan pukulan menambahkan lagi kebencian isteri, maka suami tidak sepatutnya melakukannya. Maka, lebih baik suami memberi ugutan sahaja.
Suami perlu berusaha untuk memukul seringan mungkin kerana tujuan memukul ialah untuk menasihati dan memberi pengajaran.
Menurut Imam al-Shafi’e, jika isteri cedera atau meninggal dunia disebabkan pukulan tersebut, maka suami perlu membayar ganti rugi kerana seseorang boleh menggunakan haknya (hak mendidik) dengan syarat terjamin keselamatan orang lain.
Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah. Hal ini kerana tujuan memukul ialah mendidik, bukan menyakiti atau membahayakan.
Sumber: Sinar Harian dan Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Kredit foto(top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI