Kasih dan suci pasangan mempelai seakan terungkap melalui pantulan dekorasi pelaminan yang dipersembahan di majlis resepsi. Seakan mewakili rentak jiwa dan raga, pasangan mempelai melangkah yakin menuju puncak bahagia.
Singgahsana yang diilhamkan dengan penuh rasa kasih dan sayang antara dua insan yang kini bersatu dalam ikatan suci menyuntik bahagia yang diimpikan oleh setiap pasangan uda dan dara.
Kuning dan putih menguasai singgahsana air tangan RIASMAZMIERA. Tidak terlalu sarat dengan hiasan bunga seperti kebiasaannya namun tetap tampak elegan dan mewah. Tidak dapat dinafikan bantuan pencahayaan juga menambah keserian pelamin cinta anganan uda dan dara.
IKLAN
Mainan rona-rona pastel dan benderang menjadikan singgahsana anyaman EYRA FADZ BRIDAL tidak kurang hebatnya. Rimbunan bunga-bunga pelbagai rona menokok seri pentas singgahsana meraikan pasangan maharaja dan maharani.
IKLAN
Hujan bunga. Mungkin itulah mesej dekorasi yang ingin ditampilkan oleh INTAN BRIDAL HOUSE. Berbumbungkan ‘langit bunga’ ternyata menyuntik daya tarikan yang luar biasa. Pasti mampu membuaikan perasaan mempelai.
IKLAN
Injeksi rona-rona suci seperti putih dan krim menjadikan singgahsana kelihatan mewah. Simbahan cahaya pada segenap ruang pelamin nyata menghidupkan suasana menjadikan pelamin ilham WEDDING GALORE SDN BHD kelihatan sempurna.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam melengkapi dekorasi sesebuah perkahwinan bukan hanya dewan sahaja yang mahu terhias indah. Jangan dilupakan juga untuk hiasan pada meja centerpiece yang harus disesuaikan dengan tema.
Meja centerpiece secara umumnya dihiasi dengan bunga-bunga segar, namun idea itu mungkin membosankan dan tampak biasa. Apa kata berikan kelainan dengan menghias meja centerpiece dengan pelbagai idea unik seperti gantungan lampu, lilin, pasu unik dan sebagainya.
Jika anda ketandusan idea, apa kata cuba 10 dekorasi yang boleh memberikan idea buat bakal pengantin di majlis perkahwinan nanti.
1. Jambangan bunga
2. Pokok succulent
3. Terrarium
4. Gantungan Hydrangeas
5. Rustic roses
6. Hiasan lilin dan dedaunan
7. Gubahan edibel (gabungan buah-buahan dan sayur-sayuran)
Kita sudah biasa melihat tanaman-tanaman hiasan yang diletakkan di ruang tamu, laman rumah serta dapur. Namun ruang yang jarang dihiasi dengan tanaman segar ialah bilik mandi. Tahukah anda, terdapat banyak kebaikan mempunyai tumbuh-tumbuhan di dalam bilik mandi? Tumbuhan ini sangat berkesan dalam menyaring pencemaran udara yang berbahaya dan bau yang menjadikannya aksesori tambahan terbaik di bilik mandi. Tumbuhan ini juga bertindak sebagai penyegar bilik secara semula jadi, jadi anda tak perlu melabur pada penyegar tiruan.
.
Mungkin keadaannya yang kerap basah dan lembap menyebabkan tidak semua jenis tanaman sesuai dengan diletakkan di bilik mandi. Jika anda berhasrat untuk menghiasi ruang bilik mandi dengan tanaman segar Pesona Pengantin sarankan beberapa pilihan:
BOSTON FERNS
Bagi bilik mandi yang lembap dan kurang menerima cahaya matahari, Boston Ferns pilihan yang tepat kerana ia boleh tumbuh dengan baik di dalam pasu, bakul atau raga yang digantung. Tanaman ini juga sangat efektif bagi menghilangkan bahan kimia dan pelembap dari produk-produk mandian.
MAIDENHAIR FERNS
Sesuai diletakkan di dalam bilik mandi yang mendapat sinaran matahari yang banyak supaya daun-daunnya tumbuh sihat.
AIR PLANT
Tanaman ini menyerupai pokok lidah buaya yang biasanya diletakkan di dalam botol terrarium kerana saiznya yang comel. Hendak menjaganya mudah sangat, cukup menyiramnya dengan air dan diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
GOLDEN POTHOS
Bentuk daun tanaman ini berbentuk hati dan tumbuh segar di kawasan yang hangat dan ada cahaya matahari. Namun berhati-hati kerana jika terlalu kerap terkena panas, daunnya akan mudah mengering.
ORKID
Selain tahan lasak dan mudah merawatnya, tanaman yang mempunyai bunga cantik dan beraneka ini juga boleh dijadikan sebagai elemen dekorasi untuk bilik mandi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan campur antara pasangan pengantin yang berbeza bangsa dan agama bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, malahan di seluruh dunia.
Di Malaysia misalnya, perkahwinan campur antara bangsa Melayu dan Cina, India dan Serani, Iban dan Kadazan, serta pelbagai lagi bangsa lain merupakan contoh penyatuan dua bangsa.
Di negara luar pula, perkahwinan ini bukan sahaja meliputi bangsa yang berlainan, dari negara seperti Singapura, Indonesia dan benua yang berbeza seperti negara Asia dan Barat. Sebenarnya meriah tema perkahwinan campur ini kerana kita dapat merasai sendiri adat perkahwinan mereka. Dari segi makanan, pakaian, dan banyak lagi!
Busana Perkahwinan Campur
Kebiasaannya untuk upacara pernikahan, busana tradisional menjadi pilihan kebanyakan pasangan. Anda boleh memilih sama anda untuk mengenakan busana mengikut budaya pasangan anda atau mengikut budaya masing-masing. Jika anda ingin ingin meneruskan tema tradisional untuk majlis resepsi anda, sediakan dua pasang persalinan berlainan bagi mengikut bangsa anda dan pasangan.
Dekorasi
Sebelum merancang tema kahwin campur ini, pastikan anda telah mengkaji terlebih dahulu tentang budaya pasangan anda. Ini bagi memastikan anda tidak terlepas pandang mengenai aspek penting seperti warna, corak, bunga dan aksesori ‘wajib’ mereka. Ia juga penting bagi memastikan anda tidak melanggar ‘pantang’ boleh menyebabkan ketidakselesaan di kalangan tetamu. Sebagai contoh, perkahwinan Cina dan India boleh digambarkan dengan dekorasi majlis yang menggunakan bunga teratai dan Marigold yang mewakili kedua-duanya.
Menu
Tidak sukar untuk merancang menu untuk majlis sebegini. Anda hanya perlu memastikan terdapat gabungan yang seimbang khususnya untuk menu utama dan pencuci mulut. Manisan dan triffle boleh dihidangkan sebagai hidangan pencuci mulut bagi perkahwinan India dan English.
Hantaran
Kebiasaannya, hantaran merupakan adat bangsa Melayu sejak dahulu lagi. Perkahwinan campur tidak menghalang anda dari menjadi kreatif dalam merencanakan hantaran yang sesuai untuk pasangan anda. Hantaran baju Melayu dan Ceongsam boleh dijadikan pilihan untuk pasangan Melayu dan Cina.
Tidak sukar sebenarnya merancang majlis perkahwinan campur sekiranya anda mempunyai perancangan yang sempurna.
Jika anda inginkan konsep penuh tradisi, pastikan anda merujuk kepada mereka yang benar-benar pakar agar majlis yang diinginkan dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya.
Sumber : Sweetpictures
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!