Setiap wanita yang bakal bergelar ratu sehari pastinya ingin tampak cantik dan sempurna. Selain solekan yang memberikan keserian buat ratu sehari, pemilihan aksesori yang tepat juga perlu dititikberatkan.

Bagi mereka yang berhijab, anda perlu bijak memilih aksesori yang sesuai buat penampilan muslimah anda. Pemakaian aksesori yang berlebihan akan memberikan penampilan yang sarat dan keterlaluan .

Entri kali ini berkongsikan tip memilih aksesori sempurna buat pengantin berhijanab! Jom kita lihat!

Tudung

Pemilihan tudung amat penting bagi menyerlahkan penampilan ratu sehari. Sebaiknya, pilihlah tudung yang polos tanpa sebarang perincian. Elakkan dari memilih tudung yang mempunyai motif dan perincian yang terlalu sarat.

Cukup sekadar memilih tudung yang mempunyai taburan Swarovski yang ringkas dan minimalis. Anda juga dinasihatkan agar memilih tudung jenis selendang panjang atau pun selendang berbentuk half moon yang diperbuat daripada fabrik lembut seperti sifon. Selain memberi kesan yang cantik, ia juga memudahkan cara pemakaian.

IKLAN

Tiara

Anda boleh memakai tiara sekiranya perlu. Namun, anda dinasihatkan agar memilih tiara bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar.

Selain itu, jangan memakai tiara yang terlalu tinggi khuatir anda akan tampak seperti ingin menyertai pertandingan ratu cantik. Padankan tiara dengan keseluruhan gaya anda agar ia tampak seimbang dan sesuai dengan  personaliti anda.

IKLAN

Rantai

Anda tidak digalakkan untuk memakai rantai bagi wanita berhijab. Ia akan mengganggu dan mencacatkan kesuluruhan gaya anda. Sekiranya anda merasakan penampilan anda tampak kosong di bahagian dada, anda boleh memakai kerongsang sebagai pengganti rantai. Ia akan memberikan kesan lebih ringkas dan elegan.

Layah

Anda boleh memilih layah bagi melengkapkan penampilan ratu sehari anda. Namun harus diingatkan, layah hanyalah merupakan pelengkap bagi gaya ratu sehari anda. Ia bukan sebagai focus point yang harus diberi tumpuan. Anda digalakkan memilih layah yang ringkas dan minimalis.

IKLAN

Ini kerana, apabila anda memadankan dengan pemakaian tiara, secara automatik, penampilan anda akan tampak sempurna. Sekiranya anda bercadang untuk tidak memakai tiara, anda boleh memilih layah yang sedikit sarat dengan perincian manik dan jemeki.

Gelang

Tidak perlu pengantin berhijab untuk memakai gelang di hari bahagia. Ini kerana, sudah tentu busana yang bakal anda sarungkan itu menutup aurat dan tidak mendedahkan bahagian tangan dan lengan anda. Tiada guna sekiranya anda memakai gelang, kerana ia tidak akan kelihatan. Tambahan pula, pemakaian gelang hanya akan menganggu keseluruhan gaya anda.

Kasut

Pekara utama yang harus diberi perhatian saat memilih kasut ialah kelesaan. Selaian ia tampak cantik, kasut yang bakal anda sarungkan juga haruslah selesa dan memudahkan pergerakan anda. Jangan memilih kasut tumit yang terlalu tinggi sehingga menyukarkan anda bergerak. Bagi anda yang berhijab, lebih baik sekiranya anda memilih kasut tumigt tinggi jenis wedges yang akan memberikan keselesaan yang cukup nyata.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI