Setiap kali ingin pergi temu janji atau dating dengan buah hati, pasti anda akan memikirkan kos perbelanjaan yang akan anda keluarkan. Maklumlah, kos sara hidup pada masa kini kian tinggi dan sukar untuk diramal.

Namun, ada beberapa idea dating yang boleh menjimatkan dari perlu mengeluarkan belanja yang besar. Setiap kali pergi dating pasti lelaki yang akan mengeluarkan kos bukan? Tapi apa salahnya jika sesakali wanita pula yang belanja buah hatinya.

Jangan risau, jom kita lihat idea yang pasti menjimatkan dan cukup relevan untuk temu janji atau dating dengan buah hati pengarang jantung!

1. BERKELAH

 

Pening Nak Fikirkan Kos? Apa Kata Cuba 8 Idea Dating Dengan Buah Hati Yang Menjimatkan Ini!

Dengan bajet yang sedikit, anda boleh menunjukkan bakat membuat sandwich, kek coklat dan juga mi goreng sebagai menu utama kepada si dia. Nikmati detik matahari terbenam bersama. Isi masa dengan bermain layang-layang atau sesi foto berdua dan simpan ia sebagai kenangan manis sehingga ke hujung usia.

IKLAN

2. FUN FAIR

Semua manusia pasti merindui saat menjadi anak kecil bermain tanpa perlu memikirkan masalah yang menimbun di tempat kerja. Nah! Imbau kembali kenangan itu di fun fair yang menawarkan harga tiket murah tetapi menyeronokkan. Genggam erat tangannya dan nikmati cahaya lampu yang bergemerlapan.

3. BERBASIKAL

Pening Nak Fikirkan Kos? Apa Kata Cuba 8 Idea Dating Dengan Buah Hati Yang Menjimatkan Ini!

Mengayuh basikal perlahan sambil berbual mesra mengenai impian hidup bersama. Selain menyeronokkan, aktiviti berbasikal ini juga menyihatkan. Jika sudah selalu melihat wajah si dia kemas dan rapi, kali ini anda berpeluang melihat sisi santainya. Lap peluh di dahinya sambil tersenyum manja. Aduh, romantis!

IKLAN

4. MENONTON WAYANG

Dalam seminggu, enam hari adalah hari bekerja anda, tidak kira di rumah mahupun pejabat. Luang hanya sehari tanpa perlu berbuat apa-apa dan bermalasan di rumah dengan menonton filem bersama si dia. Makanan ringan dan aiskrim menjadi peneman di kala anda berpelukan manja dalam dakapannya.

5. FLEA MARKET

Pening Nak Fikirkan Kos? Apa Kata Cuba 8 Idea Dating Dengan Buah Hati Yang Menjimatkan Ini!

Dalam tak disangka, timbunan bundle mempunyai pelbagai barangan yang berkualiti serta unik untuk dibuat koleksi. Jika membeli-belah bukan kegemarannya, kunjungan ke flea-market pasti dapat menarik perhatian si dia.

IKLAN

6. KERJA AMAL

Dalam bercinta untuk diri sendiri, perlu juga anda mencintai insan yang berada di sekelilingmu. Tidak salah sekali meluangkan masa bersama si dia dan membuat kerja amal di rumah-rumah kebajikan atau badan yang mengalukan kedatangan anda untuk membantu mereka. Bertambah rasa kasih pada diri anda dek keikhlasan hati yang anda punyai.

7. BERSUKAN

Pening Nak Fikirkan Kos? Apa Kata Cuba 8 Idea Dating Dengan Buah Hati Yang Menjimatkan Ini!

Badminton dan tenis adalah antara sukan yang menjadi kegemaran kaum lelaki bagi mengeluarkan peluh. Kongsi kesukaan mereka ini dengan melakukannya bersama. Di samping menyihatkan, ia dapat mengeratkan hubungan anda berdua.

8. MAKAN MALAM

Orang kata, untuk memikat hati lelaki adalah menerusi selera makannya. Apa kata anda dan dia bekerjasama memasak hidangan khas serta menikmati makan malam romatis di rumah. Hias meja dengan lilin, ros merah serta dendangan lagu jazz yang membangkit rasa.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI