Ada sebuah hadis yang menerangkan bahawa perkahwinan adalah separuh dari agama. Sahihkah hadis tersebut, dan apakah maksud “separuh dari agama”?
Setiap muslim perlu memiliki disiplin apabila menerima ilmu agama, yakni dengan memastikan dalil-dalil yang diterima memiliki rujukannya, lagi sahih darjatnya. Jangan sekadar menerima sesuatu ayat al-Qur’an melainkan diketahui nama surah dan nombor ayat, supaya kelak boleh merujuk kembali kepada ayat tersebut. Jangan sekadar menerima sesuatu hadis Rasulullah melainkan diketahui siapakah imam hadis yang meriwayatkannya dan apakah darjat hadis tersebut.
Merujuk kepada hadis perkahwinan ialah separuh agama, maka lafaznya adalah seperti berikut.
Rasulullah bersabda:Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1916-B.
IKLAN
Maksud menyempurnakan separuh agamanya ialah bagi menerangkan keutamaan tuntutan perkahwinan dalam Islam. Sebegitu utama sehingga ia dapat menyempurnakan separuh dari agama seseorang.
Selain itu, ia juga bermaksud perkahwinan ialah jalan untuk masing-masing pasangan berkhidmat dan berbuat baik kepada satu sama lain sehingga ia menjadi ibadah yang menjana banyak pahala. Apabila suami keluar bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga, maka ia adalah ibadah baginya.
IKLAN
Apabila isteri sibuk mengurusi suami, anak-anak dan rumah, ia menjadi ibadah baginya. Apabila suami memberi didikan agama kepada keluarga, ia menjadi ibadah baginya. Apabila isteri menasihati suami dalam urusan agama, ia menjadi ibadah baginya.
IKLAN
Oleh itu kehidupan di alam perkahwinan sangat banyak membuka jalan bagi suami dan isteri beribadah sehingga ia seolah-olah menyempurnakan separuh dari agama mereka.
Dalam hadis ini juga terdapat petunjuk bahawa perkahwinan bukan sekadar suka-suka sehingga ia dilakukan tanpa ilmu, pengorbanan dan niat yang betul.
Seandainya perkahwinan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga masing-masing suami dan isteri mengabaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing, ia tidak lagi menjadi separuh dari agama. Bahkan Perkahwinan Adalah Separuh Dari Agama ia menjadi separuh dari sebab yang mendekatkan mereka ke arah neraka.
Oleh: Kapten Hafiz Bin Abdullah dalam bab munakahat Majalah Pesona Pengantin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Proses sebelum tergerak hati nak merisik tu, sila baca tip ini terlebih dahulu.
1) PEMINANGAN
Untuk saling mengenali pasangan . Tidak boleh meminang tunangan orang atau yang dalam iddah rajii’ (yang masih boleh dirujuk bekas suami) .
Sabda Rasullullah s. a.w : “Rasullullah s.a.w melarang seorang lelaki meminang di atas peminangan saudaranya yang lain , sehinggalah peminangan yang pertama membatalkan pinangannya atau mengizinkannya (untuk meinang sama).”Riwayat Ahmad.
Syarah sah peminangan
– wanita itu tidak berada dalam keadaan terlarang untuk dinikahi secara syariat serta mampu dan layak melakukan akad. Bukan muhram sementara , bukan muhram selama-lamanya , bukan dalam idah tala’ rajii
– wanita itu belum terima lamaran orang lain (kalau berkahwin juga , terjadi juga , ia seakan memotong peluang orang lain ) . Mempu menimbulkan permusuhan .
2) PERTUNANGAN
Tempoh untuk saling mengenali dan menimba ilmu tentang perkahwinan , tidak dibenarkan bergaul mesra .
Adab Pergaulan Ketika Bertunang
– Benarkan lelaki lihat wnaita kerana:
– Mengenalinya dengan lebih jelas
– Mengetahui tahap pergaulan agamanya
– Tahap pemikiran dan emosinya
– Hal2 peribadi namun ada had
Batas: tidak boleh bersentuhan , pertemuan yang sopan, pertemuan itu ditemani muhram, tidak kerap
persiapan pertunangan
NAFKAH
Terpulang pada kemampuan suami dan dipersetujui bersama. Terutama makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu dipenuhi .
NUSYUZ
Elak jadi isteri derhaka.
– Tidak boleh keluar tanpa izin suami
-Isteri yang tolak ajakan suami ke tempat tidur
-Isteri yang ingkar arahan suami yang tidak bercanggah agama
-Isteri yang kasar, kurang ajar dan melayan suami dengan tidak baik
EMPAT PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
ILMU
AMALAN
EKONOMI
KESIHATAN
HIKMAH PERKAHWINAN
-Menyahut seruan fitrah
-Sunah para nabi dan rasul
-Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram kerana ada keselamatan dan ketenangan
-Memelihara iman (penghalang maksiat)
-Mengikis rasa bimbang akan rezeki
-Mengembangkan keturunan
-Mewujudkan displin – ada peraturan dan fitrahnya, terutama jika ada nak-anak. Sarung cincin jadi haram apabila ada kepercayaan lain mengikut Sunah yang sering dilakukan setelah aqad nikah
– meletakkan tangan kepala isteri lalu berdoa – ALLAH , aku memohon kebaikkannya dan segala kebaikan segala yang engkau ciptakan pada dirinya
-melakukan solat sunat dua rakaat berjemaah , suami isteri
– khutbah akad
-para hadirin membaca doa untuk pengantin
-bernikah pada hari jumaat
-mengumunkan berita mengenai majlis perkahwinan
– mengadakan kenduri perkahwinan (walimah)
Daripada Aisyah r.ha telah bersabda Rasullullah s.a.w m madhumnya , ‘Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta ,” (Riwayat Imam al-Bazzar)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam mencari-cari lokasi majlis perkahwinan, pastinya anda ingin yang sempurna. Bukan hanya memudahkan untuk bakal pengantin dan keluarga malah tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu nanti. Selain itu katering yang menghidangkan pilihan juadah yang enak bakal membuatkan tetamu terkenang-kenang.
Andai mencari lokasi majlis perkahwinan, Dewan Perdana Zafran bakal menyempurnakan impian perkahwinan anda. Dewan Perdana Zafran adalah cetusan daripada Sha jam Caterer yang diusahakan oleh Tuan haji Mohd Ariff Bin Shariff lebih dikenali sebagai Hj.Bob iaitu 100% bumiputera. Dewan ini terletak di Kompleks Desa, Kepong, Kuala Lumpur.
Sha jam Caterer telah beroperasi selama 20 tahun. Sering menerima tempahan makanan berskala besar seperti menerima tempahan daripada sektor kerajaan untuk urusan rasmi kerajaan, sektor swasta, majlis perkahwinan dan pelbagai majlis keramaian.
Tuan Hj.Bob pakar dalam masakan barat dan timur memandangkan dia pernah bekerja sebagai chef di hotel yang bertaraf lima bintang dan sudah berpengalaman selama 20 tahun. Dia juga bekas penuntut jurusan Kulinari di Universiti Teknologi Mara.
Mempertaruhkan beberapa resipi yang diperturunkan arwah ibu bapanya seperti nasi udang, nasi briani, rendang dan kambing panggang.
Nasi udang yang dimasak ibunya agak unik. Nasi yang ditanak bersama udang. Nasi udang masakan ibunya pada asalnya hidangan yang sangat ringkas dan memang tidak akan dapat di tempat lain. Bagi tujuan komersial, rasa nasi udang ini, Hj. Bob telah menambah baik dengan menumis udang gred A bersama serbuk ketumbar dan beberapa jenis rempah rahsia yang dicampurkan ke dalam rebusan basmathi.
Penggemar nasi briani – hidangan signature Sha jam Caterer lebih ringan, kurang minyak dan tidak terlalu berbau rempah. Nasi briani adalah kepakaran ayah Hj. Bob. Campuran rempah diadun sendiri dan ada teknik tertentu memasak supaya kanji dapat dikeluarkan. Inilah antara keistimewaan masakan katering oleh Sha jam Caterer.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda.
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda.
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan cinta yang lebih kerap.
Bersama dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan alat suami berada di dalam selama 15 minit selepas ejak.
6. Tingkatkan kesuburan suami
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil Vitamin
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran dan kesihatan sperma.
8. Bersenam secara rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang.
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan.
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalamhidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
Memasak
Bersenam
Mendengar muzik
Membaca dan mendengar audiobooks
Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras.
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
SUMBER : alamhamilblog.com
OLEH : Dr R Juhaidah adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong dan mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai Pakar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penghujungnya, ikatan perkahwinan Datuk Red dan Adira Suhaimi terlerai jua selepas Datuk Seri Adnan Abu melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.