Selesai kini majlis kahwin yang berlangsung sempurna. Kini tiba masanya anda dan pasangan merehatkan diri berdua setelah penat menguruskan hal perkahwinan. Rancanglah ke mana anda mahu pergi sama ada di dalam negara atau pun luar negara. Bulan madu dapat mengeratkan hubungan suami isteri terutama bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya. Inilah masanya anda mempunyai masa berdua tanpa sebarang gangguan.
Ini tip bulan madu buat bakal pengantin;
- Pastikan anda membuat bajet yang lengkap tentang kos pengangkutan, penginapan dan perbelanjaan sepanjang berada di sana.
- Pastikan tarikh cuti yang diluluskan oleh majikan anda dan pasangan bersesuaian dengan tarikh percutian.
- JIka anda memilih bercuti di luar negara, bajet lebih tinggi, manakala di dalam negeri bajet lebih rendah dan mudah menyesuaikan diri dengan budaya makanan serta cuaca persekitarannya.
- Pastikan anda dan pasangan dalam keadaan sihat. Bawa ubat-ubatan yang perlu andai berlaku kecemasan.
- Faktor cuaca juga penting, susah jika anda berbulan madu di musim hujan atau cuaca yang berangin. Pilih lokasi yang tepat yang memiliki cuaca sesuai untuk anda dan pasangan.
- Pilih tempat yang memiliki suasana santai yang romantis yang sesuai untuk pengantin baru. Bali boleh dipertimbangkan sebagai destinasi bulan madu yang romantis.
- Harga tiket kerap menjadi masalah namun bijaklah membeli ketika promosi tiket yang murah. Ia sangat menguntungkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elakkan Berhutang! Ini Antara 11 Tips Buat Pasangan Baru Kahwin
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
- Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
-
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
- Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
- Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
- Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
- Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
- Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
-
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
- Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
- Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
- Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mood Swing Itu Tanda Anda Seorang Wanita Yang Masih Subur
1. Keputusan positif OPK
Jika anda ingin mengetahui jawapan yang paling tepat sama ada anda sedang subur atau pun tidak, anda boleh mendapatkan alat pengesan kesuburan atau ‘ovulation predictor kit’ (OPK). Alat ini akan menunjukkan peningkatan hormon LH melalui air kencing, iaitu cara penggunaan yang serupa dengan alat penguji kehamilan.
2. Suhu Tubuh Meningkat
Proses ovulasi menyebabkan suhu basal tubuh meningkat. Untuk menggunakan kaedah ini, anda pelu mengambil suhu badan setaip hari, sebaiknya wewaktu bangun tidur. Ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari untuk ketepatan. Catat.
Oleh kerana peningkatan suhu badan tidak begitu ketara, pastikan anda menggunakan termometer yang tepat & stabil bacaannya iaitu termometer basal. Biasanya, semasa tubuh mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.
3. Sakit pinggang
Sebanyak satu per lima wanita berasa sakit pinggang semasa waktu subur. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai sakit pinggang sebelah atau keradangan di tempat spesifik. Keadaan ini dipanggil “mittelschmerz” (sakit di tengah). Ianya boleh berlaku selama beberapa minit sehingga beberapa jam.
4. Perut kembung
Perut anda akan terasa kembung menjelang waktu subur. Ini berlaku kerana berlakunya perubahan hormon estrogen & progesteron dalam badan.
5. Perut buncit
Selain perut kembung, perut anda juga akan kelihatan sedikit buncit. Ini berlaku kerana meningkatnya kandungan gas dalam perut akibat kekembungan.
6. Lendiran faraj & keputihan yang jernih
Sewaktu subur, anda akan perasan keluarnya lendiran faraj yang berupa keputuhan jernih tanpa bau. Ianya tidak begitu melekit. Lendiran faraj ini boleh diumpakan seperti putih telur. Fungsi lendiran faraj ialah untuk memudahkan sperma berenang menuju ke arah ovum.
7. Merasa Lebih Ghairah
Satu lagi tanda subur yang ramai wanita tak perasan ialah peningkatan nafsu syahwat atau Libido. Anda akan berasa lebih ghairah dan mudah terangsang. Pada waktu ini, pasangan anda akan kelihatan lebih menarik dan menggoda. Anda juga akan berasa lebih seksi & perasan cantik.
Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga sebenarnya memberikan tanda-tanda kepada suami bahawa anda sedang subur. Anda akan kelihatan lebih menawan dimata suami. Bau badan anda juga lebih harum dan seksi pada suami.
8.Mood swing
Biasanya mood swing dikaitkan dengan PMS atau tanda nak datang bulan. Yang sebenarnya, mood anda yang tidak menentu juga adalah salah satu tanda anda sedang subur.
Selain mengatahui tanda-tanda waktu subur wanita di atas, ada baiknya untuk anda mengetahui cara mengira waktu subur. Berikut adalah cara kira waktu subur selepas haid dengan tepat dan mudah. Untuk mengetahui waktu subur, terdapat 2 perkara yang perlu anda tahu:
- Ketahui kitaran terpendek anda. Contoh: 27 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 18. Hasilnya: 9. Nombor ini mewakili hari pertama anda berada pada waktu subur.
- Ketahui kitaran terpanjang anda. Contoh: 30 hari. Kurangkan jumlah angka ini dengan 11. Hasilnya: 19. Nombor ini mewakilihari terakhir anda dalam waktu subur.
OLEH : Nurul Kasmadillawati Zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlebih Kafein, Gula Dan Garam Buat Perempuan Nampak Cepat Tua
Setiap wanita mahu kelihatan cantik dan anggun sentiasa, mereka mahu tampil muda walaupun sudah lanjut usia. Namun, ada dikalangan kita yang nampak tua dari umur mereka.
Nampak tua sebelum usia adalah salah satu mimpi ngeri yang tidak seharusnya dialami oleh setiap wanita. Mungkin anda tidak perasan akan perkara ini. Faktor yang menyebabkan anda nampak cepat tua adalah gaya pemakanan anda.
Makanan merupakan sumber penting untuk badan mendapatkan nutrien, vitamin, mineral dan segala yang diperlukan oleh badan bagi menjalankan fungsinya dengan baik. Makanan juga bertindak untuk memberikan tenaga kepada badan agar anda lebih bertenaga dalam melaksanakan tugasan seharian. Namun, kamu tahu ada beberapa makanan penyebab kamu kelihatan tua?
Jika kamu kerap mengambil makanan ini, maka tidak hairanlah kenapa kamu nampak tua.
MANIS
Makanan manis dan mengandungi tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah ia juga menyebabkan kamu kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar anda dengan kemunculan kedutan pada kulit.
Alkohol
Pengambilan secara sederhana mungkin memberikan manfaat kepada jantung, tetapi meminumnya secara berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan. Malah kesan alkohol juga amat berbahaya kepada hati – toksin yang wujud dalam hati boleh menyebabkan pelbagai masalah berkaitan kulit seperti jerawat, dan kedutan, serta mengurangkan keanjalan kulit. Minuman beralkohol juga tidak baik kerana boleh menyebabkan dehidrasi.
Garam
Makanan yang mengandungi garam pada jumlah yang tinggi merupakan makanan penyebab anda kelihatan tua. Antara contoh makanan yang tinggi kandungan natrium adalah seperti kerepek kentang, makanan dalam tin. Garam akan menyimpan air dan kesannya boleh kelihatan pada mata yang bengkak. Sebaiknya elakkan makanan yang tinggi kandungan garam untuk mengurangkan risiko anda menjadi kembung dan berkedut!
Hidangan Bakar/Panggang
Pasti kamu pernah melihat atau memakan hidangan bakar atau panggang, di mana pada daging atau ayam yang dipanggang itu kelihatan tompokan hitam kesan terbakar atau dipanggil charred atau black char. Namun, makanan seperti ini merupakan antara makanan penyebab anda kelihatan tua. Ia mengandungi hidrokarbon pro-radang (pro-inflammatory hydrocarbon) yang boleh menyebabkan kolagen pada kulit rosak.
Daging diproses
Sosej, bakon atau daging burger merupakan antara makanan yang terkandung sulfit (sulfide) dan bahan pengawet lain yang boleh mencetuskan keradangan pada kulit dan mempercepatkan penuaan. Malah, produk makanan sebegini juga tinggi kandungan garam.
Daging merah
Memakan lebih daging merah, seperti daging lembu, boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen – yang membantu menjadikan kulit lebih muda, anjal dan sihat. Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu tinggi yang boleh membawa kepada masalah penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.
Makanan bergoreng
Makanan seperti kentang goreng dan ayam goreng pastinya merupakan antara makanan segera kegemaran ramai. Namun, sebarang makanan yang digoreng dalam minyak boleh menambahkan keradangan pada seluruh badan dan merupakan antara makanan penyebab anda kelihatan tua. Pengambilan makanan bergoreng dengan terlalu kerap meningkatkan kandungan kolesterol tidak sihat LDL dan mengurangkan kandungan kolesterol baik HDL – sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.
Kafein
Minuman yang berkafein, adalah bersifat diuretik – ia menolak atau menyingkirkan air dari dalam badan yang boleh menyebabkan dehidrasi dan mengurangkan kelembapan badan yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit sekali gus menjadikan anda kelihatan lebih berusia.
Pemakanan adalah faktor utama mengapa kulit anda cepat berkedut dan nampak lebih tua dari usia. Jika anda mahu mengubah penampilan anda, sebaiknya anda cuba mengawal cara makan anda.
Petikan dari hellodoktor.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI