Buat bakal pengantin pasti rasa teruja dan tidak sabar bersiap sedia untuk majlis nikah yang akan berlangsung. Sebelum bermulanya majlis tersebut tentunya ingin berhias diri agar tampil menawan. Namun perlu diingat walau apa jua keadaan, laksanakan perkara wajib yang dituntut iaitu solat. Jangan pula disebab hendak bersiap awal, gesa mak andam untuk mekap segera , inilah yang sering berlaku kini.

Dengarkan perkongsian tentang hal ini dari Ustaz Hanafi. Moga beri pedoman buat bakal pengantin.

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaPesan Ustaz Hanafi Kepada Pengantin, Jangan Sampai Tinggal Solat Hanya Kerana Takut Rosak Mekap Dan Berbaju Cantik?Pesan Ustaz Hanafi Kepada Pengantin, Jangan Sampai Tinggal Solat Hanya Kerana Takut Rosak Mekap Dan Berbaju Cantik?…dengar tazkirah hari iniPesan Ustaz Hanafi Kepada Pengantin, Jangan Sampai Tinggal Solat Hanya Kerana Takut Rosak Mekap Dan Berbaju Cantik?… Tajuk: Pengantin sekarang ramai tak solat

Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri

Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap stlh hampir jam 1 tengahari

IKLAN

Dah tahu zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yg ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan

Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tdk dpt dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dgn kejahilan diri

Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yg juga halal untuk dinikahi si bakal isteri

IKLAN

Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, tlh dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan

Busana yg anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yg dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi

Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum mlm pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus psng mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya

IKLAN

Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir

Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerna sudah lengkap berbusana, lalu solat yg fardhu tinggalkan tnpa ada rasa malu melayan tetamu

Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah swt buat kedua mreka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH…

Sumber FB: wankhairinahasniza.khairuddin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI