Tip
  • 252
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    252
    Shares

Bila kata nak kahwin ni, pastinya pengantin inginkan keserian tahap dewa pada muka agar terserlah anggun dan
berseri sepanjang majlis tersebut. Ketahui tip berguna untuk bakal pengantin diluar sana, tidak perlu pening kepala lagi ingin mencari jalan penyelesaian yang mungkin akan mengakibatkan kebarangkalian tidak berhasil pada diri anda.

1. 44 hari sebelum hari bahagia

Kata orang tua lama kadang kala baik diikuti, hasilnya pasti menjadi. Petua pertama amalkan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari selama 44 hari sebelum bersanding. Caranya dengan mengambil segelas air kosong dan diikuti dengan bacaan Bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan terus makan kelopak-kelopak bunga mawar yang telah dibasuh. InsyaAllah kalau ikhtiar sebaik-baiknya wajah akan kelihat berseri-seri dan kemerah-merahan pada kulit muka anda. Bau badan juga akan hilang tanpa disedari.

 

2. 30 hari sebelum hari bahagia

Ambil segenggam daun sireh yang bersaiz besar rebus sehingga air rebusan menjadi kehijauan dan biarkan ia sejuk seketika kemudian ambil rebusan tersebut dan basuh muka anda dengan air rebusan sirih itu. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk memastikan kulit muka tampil bersih dan tidak meninggalkan sebrang cela. Petua ini dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat dan ruam kecil untuk kulit yang sensitif dengan bahan make-up. Air sirih ini juga bukan baik untuk kulit wajah sahaja. Ia juga sesuai untuk penjagaan bahagaian intim wanita jika mengamalkan ia insyaALLAH mampu menghilang masalah keputihan dan gatal-gatal.

 

3. Amalkan minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari

Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tip menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk.

InsyaAllah dengan kehendaknya cantiklah, berserilah wajah bakal pengantin di luar sana. Tunggu apalagi mulai hari ini amalkan ye.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: