Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Fesyen Pilihan Busana Ala Fairytale

Pilihan Busana Ala Fairytale

Meraikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang semestinya menjadi idaman setiap pasangan mempelai yang bakal bergelar raja sehari.

 Memilih tema dan konsep yang dapat memberi momen terindah dan dapat diabadikan dalam memori cinta buat selamanya.

Pilihan Busana Ala Fairytale

Bagi tahun 2016, tema ala fairytale semakin menjadi pilihan di kalangan netizen mahupun selebriti tanahair seperti yang kita dapat lihat di majlis perkawinan aktres popular Anzalna dan pasangannya yang menjadi fenomena hangat.

Pilihan Busana Ala Fairytale

IKLAN

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam memastikan majlis yang diimpikan selama ini berjalan dengan jayanya. Selain faktor lokasi dan dekorasi yang tepat dan sempurna bagi tema fairytale ini, pilihan busana yang bertepatan dengan konsep perlu diberi perhatian.

Pilihan Busana Ala Fairytale

Pilihan Busana Ala Fairytale

IKLAN

Ini penting supaya keseluruhan majlis tampak harmoni dan magis yang bakal lahir dari tema ini terserlah bagaikan berada di alam fantasi.

Potongan Busana

Sebaiknya, busana yang dipilih haruslah ringan dan tidak terlalu sarat bagi memudahkan pergerakan anda untuk bergerak. Ini kerana ada segelintir pasangan mempelai yang mengimpikan impian perkahwinan ala fairytale ini direalisasikan di kawasan outdoor. Selain itu, anda boleh memilih busana berpotongan seperti ballgown, victorian dan Edwardian. Potongan ini cukup sesuai dengan tema fantasi kerana memberi ilusi bagaikan puteri raja di alam fantasi.

Pemilihan Layah

Pilihan layah yang tepat sememangnya menghasilkan mood fantasi yang lebih nyata. Leretan layah dengan taburan kelopak bunga timbul bakal memberikan impak yang lebih magis dan fantasi. Tidak perlu sarat dengan perincian sekuin dan manik, cukuplah sekadar taburan Swarovski yang mampu memberi kilauan yang cukup elegan dan eksklusif. Selain itu, anda boleh memilih layah  jenis pendek atau singkat bagi si ratu yang ingin tampil lebih ringkas dan moden.

IKLAN

Aksesori Kepala/Headpiece

Anda juga disarankan untuk memilih tiara yang mempunyai  rekaan yang lebih ringkas kerana ingin tampilkan aura kejelitaan semulajadi anda sebagai seorang puteri raja. Selain tiara, anda juga boleh menggunakan headpiece seperti cekak ataupan flower crown yang terdiri daripada bunga-bungaan segar. Aksesori ini dapat membangkitkan seri wajah dan penampilan diri secara keseluruhannya dengan tema fantasi yang dipilih.

Busana Yang Tepat

Akhir sekali, perkara yang paling penting sekali di dalam memilih busana ala fairytale adalah memastikan anda tidak seperti memakai kostum di hari bahagia anda. Buatlah pilihan busana yang tepat dan lebih releven untuk disarung agar keserian anda sebagai ratu sehari menyerlah dan mempersona. Sebaiknya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pereka fesyen mahupun pihak yang lebih pakar agar penampilan anda di hari persandingan memukan dan anggun dalam persalinan magis yang cukup eksentrik.

Pilihan Busana Ala Fairytale

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI