Tampilkan kejelitaan tiada tara anda di majlis paling bahagia. Tatarias sempurna dengan penjagaan diri yang betul merupakan perkara yang amat penting dalam melahirkan aura seri mempelai. Oleh itu, beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh bakal ratu sehari supaya penampilan diri menyerlah bagaikan puteri raja.

Berikut merupakan 10 perkara wajib yang ratu sehari harus tahu!

1. Gunakan Maskara Kalis Air

Jangan melakukan kesilapan yang besar di majlis perkahwinan sendiri. Anda mungkin menangis seperti anak kecil sehingga kesan comot hitam ada di dalam beberapa gambar di dalam album perkahwinan. Anda boleh mencuba maskara Lancome Hypnose Waterproof Custom Volume kerana ia membuatkan bulu mata tampak lebat menawan serta mudah dibersihkan.

2. Kurangkan Pengambilan Natrium

Beberapa minggu sebelum perkahwinan, anda disaran menyekat pengambilan garam dalam diet. Bengkak di sekitar mata akan mulai menyusut dan hilang. Anda akan dapat melihat perbezaan yang ketara pada kontur wajah.

3. Elak Pengilat Kuku Berona Garang

Tangan anda bakal diperagakan sepanjang masa tatkala berada di atas pelamin persandingan. Anda pasti mahukan ia kelihatan indah dan feminin. Jangan membuat kesilapan besar kala mewarnakan kuku dengan rona gelap. Anda tidak mahu menatap foto perkahwinan dan menganggapnya “bad trend!” Jadi, pilihlah tona pastel merah jambu atau nude di hari persandingan anda.

IKLAN

via GIPHY

4. Jadi Diri Sendiri

Eksperimen pelbagai dandanan rambut yang berbeza, tetapi pilihlah satu yang paling selesa dan memcerminkan gaya anda. Tiada yang lebih mengecewakan kala melihat gambar persandingan bersama gaya rambut yang kononnya gaya tahun 2010. Jangan biarkan rasa sedih seperti itu menyelebungi diri. Jadi, jika mahu fesyen sekalipun, biarlah berpada-pada.

5. Kening Diukir Profesional

Riasan solekan juga penggayaan rambut glamor? Namun apa yang benar-benar membuat anda kelihatan berbeza adalah dengan memiliki bentuk kening menawan. Ukir kening beberapa hari sebelum acara dengan khidmat pendandan profesional.

IKLAN

6. Touch-up Dengan Warna Yang Betul

Jangan hentam keromo! Miliki warna solekan yang sama dengan juru solek. Jadi, minta juru solek meminjamkan anda gincu dan gloss bibir serta pembayang mata miliknya agar pengapit boleh terus menambah solekan. Tidak semua juru solek mempraktikkannya, pastikan anda bertanya!

7. Rambut Berminyak Adalah Rahsia Kepada Up-Do

Memiliki rambut halus mengurai membuat setiap gaya rambut susah didandan. Cuba untuk tidak membasuh rambut selama dua hari sebelum hari perkahwinan supaya ia kelihatan sedikit berminyak. Ini membantu memberi cengkaman pada rambut dan memudahkan penggayaan. Gaya rambut anda kekal sempurna sepanjang malam!

8. Simpan Tisu Basah

Selepas bersanding, makan dan acara menari, agak memalukan bila tetamu tidak putus memberi pelukan serta ciuman pipi dan anda dalam keadaan sedikit comot. Pastikan anda menyimpan tisu basah kerana ia berguna untuk meyegarkan diri sekaligus menyingkirkan bau peluh badan. Ianya juga berguna untuk mengeluarkan kotoran makanan yang terjatuh di busana persandingan tanpa meninggalkan kesan basahan air yang ketara.

IKLAN

9. Solekan Percubaan

Seminggu sebelum pernikahan, cuba merias wajah dengan gaya solekan smoke-eyes sebelum tibanya acara sebenar. Ia kelihatan agak gelap pada mulanya, namun selepas beberapa minit, solekan itu mungkin sangat sesuai. Jika tiada solekan percubaan, pasti anda panik di hari persandingan.

via GIPHY

10. Usah Tergesa Menanggalkan Veil

Jika bercadang memakai veil di hari persandingan, pakailah sepanjang acara. Veil adalah satu elemen yang mampu mengubah penampilan dari seorang wanita berpakaian putih ke ratu permaidani.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI