Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Namun, kita disarankan untuk berusaha dan merancang. Sememangnya bukan mudah untuk mencari pasangan. Apatah lagi yang cantik di mata, bahagia di jiwa. Kalau tersalah pilih, takut derita datang melanda. Terlalu memilih pula, takut membujang sampai ke tua.

Untuk membantu anda menggapai bahagia, silalah rujuk panduan berguna yang tersedia.

1. Sememangnya telah ditetapkan bahawa setiap orang itu berpasang-pasangan. Biasanya jodoh itu tidak jauh daripada kita. Hanya kita sahaja yang adakalanya tidak menyedarinya.

2. Untuk dipertemukan dengan pasangan, anda tidak boleh hanya berserah pada takdir. Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan agar jodoh itu cepat sampai. Jangan mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga berjumpa jejaka idaman.

3. Serlahkan hidup anda dengan sebaik mungkin agar diri anda dapat menarik perhatian bakal pasangan anda nanti. Daya tarikan yang sebenarnya adalah daripada hati yang murni dan elakkan daripada perasaan negatif terhadap orang lain. Sayangilah orang di sekeliling anda supaya anda juga diberikan kasih sayang yang sama.

4. Tarikan lelaki pada sikapnya. Untuk perempuan pula adalah wajah dan bentuk badan. Oleh itu, anda perlu selalu menjaga penampilan, kecantikan dan kesihatan diri.

IKLAN

5. Buka hati dan minda untuk menerima cinta. Cinta itu datang tanpa dipaksa. Ia lahir di dalam jiwa yang sedia menerima kehadirannya.

6. Ramai yang kecewa dan terlepas peluang kerana lambat meluahkan hasrat di hati. Tidak salah sekiranya anda yang memulakan langkah pertama menghulurkan salam perkenalan.

7. Beri tumpuan kepada minat dan perasaan pasangan anda. Layan bakal pasangan anda dengan baik walaupun baru berkenalan. Wujudkan suasana selesa. Namun, jangan sesekali melampaui batasan agama. Adalah lebih baik jika anda membawa orang ketiga setiap kali bertemu muka.

8. Latih diri untuk pandai mendampingi orang lain. Buang perasaan benci dan gantikan dengan perasaan kasih sayang berterusan.

IKLAN

9. Lelaki mudah tertarik pada perempuan yang tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian.

10. Wanita pula mudah tertarik dengan lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Jangan terlampau kedekut semata-mata untuk berjimat.

11. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang boleh memalukan bakal pasangan. Senyuman ikhlas dan wajah yang menawan bakal meleraikan setiap kekusutan.

IKLAN

12. Keserasian adalah tarikan. Carilah bakal pasangan yang berkongsi minat yang sama. Jika ada perbezaan, jangan jadikan alasan untuk memutuskan perhubungan. Adakalanya, cara yang berbeza itu adalah pengikat kuat sesebuah perhubungan.

13. Perempuan membentuk hubungan melalui perbualan. Lelaki pula membentuk hubungan melalui aktiviti yang dilakukan bersama.

14. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai dan tidak digemari oleh bakal pasangan.

15. Berikan pujian yang ikhlas untuk memotivasikan pasangan. Jika perlu membuat kritikan, lakukan dengan tertib untuk tidak menyinggung perasaan si dia.

16. Orang yang berasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada diri dan bentuk keyakinan diri. Dalam pada itu, carilah pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI