•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dalam menyempurnakan dekorasi sesebuah majlis perkahwinan, backdrop atau latar pelamin merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan. Ini kerana penilaian sama ada berjaya atau tidak sebuah dekorasi perkahwinan dipengaruhi oleh bentuk dan pemilihan backdrop tersebut.

Oleh itu, anda perlulah mempertimbangkan bentuk backdrop dengan sebaiknya agar ia tidak merosakkan suasana dekorasi perkahwinan. Bukan itu sahaja, pemilihan dan bentuk backdrop juga bergantung pada lokasi perkahwinan sama ada ia sesuai dilakukan di indoor atau outdoor.

PERKAHWINAN TRADISIONAL DI INDOOR ATAU OUTDOOR

Perkahwinan dengan konsep tradisional lebih kerap diadakan di indoor berbanding outdoor. Selain proses adat yang panjang dan memakan masa yang lama, bimbang akan berlakunya perubahan cuaca seperti hujan yang turun secara tiba-tiba ataupun matahari yang semakin terik.

Maka tempat yang paling sesuai untuk mengadakan perkahwinan tradisional adalah di dalam kawasan yang tertutup. Dalam memilih backdrop untuk perkahwinan tradisional di indoor, biasanya bakal pengantin akan menyesuaikan dengan adat yang akan dijalankannya.

Bolehkah perkahwinan tradisional dilakukan di tempat terbuka seperti di taman atau di tepi pantai? Sebenarnya boleh jika proses yang panjang dapat disingkatkan. Untuk backdrop pula sebaiknya dikombinasikan antara tema moden dengan elemen gaya tradisional seperti kain batik atau tenun.

KEPELBAGAIAN BACKDROP MENGIKUT LOKASI

Perkahwinan ala barat yang dilakukan di outdoor biasanya menggunakan konsep intimate dan ringkas. Dan untuk menyesuaikannya, backdrop akan dibuat mengikuti konsep yang minimalis dan ringkas. Selari dengan konsep, terdapat pelbagai jenis backdrop yang dapat diaplikasikan daripada segi bentuk mahupun gaya.

Daripada segi gaya, terdapat banyak jenis di antaranya vintaj dan rustik yang sering diguna pakai. Sementara untuk bentuk juga pelbagai. Bahkan dari gaya rustik, sepasang pintu pun dapat dijadikan backdrop yang disertai dengan dekorasi bunga-bunga untuk mencantikkannya.

Keuntungan lain yang bakal pengantin dapat dengan menggunakan backdrop seperti ini adalah dapat mengurangkan bajet dekorasi tanpa perlu menghabiskan kos untuk dekorasi mewah dengan menyewa pelamin yang yang pasti mahal kosnya. Hanya dengan sentuhan kreatif, backdrop yang ringkas juga tetap tampil menarik.

Aplikasi latar pelamin seperti ini juga bukan hanya sesuai untuk pengantin bergaya moden, tapi dapat juga diterapkan untuk pengantin tradisional. Tentu saja dengan memberikan gaya tradisi seperti kain songket atau batik sebagai pengganti kain selendang putih yang biasanya dililitkan pada tiang mencetuskan kelainan.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: